July 04, 2011

brown paper bag

Salam.

Cerita lama tapi baru nak buka cerita sekarang. Hehe.

Dulu-dulu, kira-kira 2 bulan lepas Cik Anis ada post satu gambar dalam entry wordless wednesday ni.

Ada kalangan b2b yang teka. Hehe.


Betul la. Memang yang dalam gambar tu adalah brown paper bag.


Gambar tu adalah mms dari adik Cik Anis. Dia yang tolong belikan paper bag tu dekat pekan banting.






Satu bungkus ni ada 100pcs








Yang adalah ciri-ciri paper bag ni setelah Cik Anis menilainya:

- Tekstur ok. Tak kasar dan tak licin sangat. Kira sedap la kalau pegang.

- Jenis kertas adalah tebal jadi kalau letak barang tak risau paper bag ni akan terkoyak atau tak

- Agak panjang. Lepas lipat sikit bahagian atas paper bag ni pun masih lagi banyak ruang untuk letak barang.


Ni ciri-ciri yang ok la.


Yang Cik Anis tak berapa berkenan dengan paper bag ni cuma bentuk zig-zag dekat mulut paper bag tu je. Tak berapa kemas. Huhu.



Kenapa beli sampai dekat banting?


Sebabnya hari tu da survey kedai area Kluang ni. Harga adalah sangat mahal. Tak tersangka harganya mahal sampai macam tu. Jadi kebetulan waktu adik Cik Anis jalan-jalan dekat pekan banting tu dia nampak la paper bag ni dengan harga yang sangat murah. Makanya haruslah suruh dia belikan dekat sana je kan. Hehe.


Sebelum ni Cik Anis ada survey juga dengan satu kilang paper dekat Penang. Mula-mula rasa harganya da berpatutan dan Cik Anis pun da plan nak order dari kilang ni je. Sekali ada yang lagi murah rupanya. Baik la ambik je la yang murah ni kan.


Untuk 100pcs ni, harganya RM3.60 je tapi sebab Cik Anis borong 20 bungkus dapat la RM3.30 je sebungkus. Murah kan? Kualiti pun ok. Berbaloi-baloi.






Sekali tengok alamat, alahai Muor je.

Kalau tahu baik beli dekat kilang dia terus. Mesti lagi murah. Hehe. Tapi da belikan takpe la. Harga tu pun masih boleh kira murah.




Kegunaan paper bag ni?


b2b mesti da familiar dengan tujuan beli paper bag ni kan. Hehe.
InsyaAllah doorgift majlis Cik Anis dan EBS nanti akan menggunakan paper bag ni je.
JIMAT.


^_^



6 comments:

miey anna said...

tengah mencari paper bag ni jugak...x tau nak amek mane..fuhhh!

bahIRAh said...

yeayyy kite sokong cik anis! kite pun tgh nak cari paper bag ni..hihi

cik anis said...

anna:

happy hunting dear..hehe..cari yg murah tp ada kualiti tau.. :)


bahirah:

yeay! gimme five..hehe..jimat..jimat.. ;)

Anonymous said...

u nk tnye paper bag ni klau letak mug agak2 bole x?

cik anis said...

anon:

kalau mug kecik2 tu boleh la tp kalau mug standard size yang buat minum tu tak tahan guna paper bag ni. better u guna paper beg biasa sb lbh tebal.

Azlina Safieea said...

cik anis..nak tanya paper bag nie kat banting kat kedai mane yeaa ??