July 01, 2011

berubah untuk diri sendiri

Salam.


Setiap daripada kita mesti ada keinginan untuk melakukan perubahan dalam hidup masing-masing kan?


Tak kira perubahan dari segi apa sekalipun, yang pasti setiap orang akan ada perasaan untuk berubah.


Perubahan paling selalu kita dengar mesti la perubahan untuk menjadi lebih baik. Betul kan?


Cik Anis pun tak terlepas untuk ada keinginan berubah menjadi lebih baik dari hari ke hari. Yela siapa tak nak jadi yang terbaik dalam hidup yang cuma ada sekali pusingan ni je sebelum kematian datang menjemput.


Cuma persoalan yang mungkin patut kita fikir-fikirkan, untuk siapa kita nak berubah?


Ada sesetengah orang berubah sebab nak kahwin. 


Ada pula yang berubah sebab disuruh oleh orang lain. 


Ada pula yang berubah sebab diri sendiri yang nak berubah.


Antara tiga keadaan ni, yang terbaik adalah berubah sebab diri sendiri yang nak berubah. Itu adalah perubahan yang paling baik sekali. Percaya la.


Kalau kita berubah sebab nak kahwin misalnya, bila da ada dalam alam perkahwinan mungkin rasa nak berubah tu akan malap. Semangat nak berubah tu takkan sama dengan semangat sebelum berkahwin.


Kalau berubah sebab orang suruh lagi la bahaya. Sebabnya kalau kita berubah sebab orang yang kita sayang atau cinta, mungkin bila rasa sayang atau cinta tu da pudar, kita pun akan kembali ke tabiat asal kita. Atau kalau tiba-tiba ditakdirkan kita dan orang yang suruh kita berubah tu tiba-tiba jadi musuh atau membenci antara satu sama lain, mungkin masa tu kita akan mengungkit pengorbanan yang kita da buat untuk dia: berubah untuk dia.


Tak seronok kan macam tu?


So bila kita rasa kita nak berubah, perubahan terbaik adalah untuk diri kita sendiri. Sekurang-kurangnya bila perubahan kita tak dihargai oleh orang sekeliling atau ada yang mempertikaikan perubahan kita sekalipun, kita tahu kita berubah bukan untuk mereka sebaliknya untuk diri kita sendiri.


Perubahan untuk diri sendiri pasti dan insyaAllah akan lebih tahan lama daripada perubahan sebab orang lain.


Cik Anis karang entry ni berdasarkan pengalaman sendiri. Bila mana kita nak berubah, pasti orang yang tak puas hati dengan kita akan mempertikaikan perubahan yang kita nak buat. Lepas tu mula nak kutuk-kutuk, cakap belakang dan macam-macam lagi.


Tapi Cik Anis bolayan je la. Sebab yang penting Cik Anis sendiri tahu kenapa Cik Anis nak berubah. Sekurang-kurangnya Cik Anis ada juga usaha nak berubah menjadi lebih baik kan. Daripada yang mengutuk tu, suka sangat agaknya nak tambah koleksi dosa. Biar la dia. Mungkin mata dia berbulu tengok orang nak berubah jadi lebih baik. Kasihan~


Doakan je la hati dia terbuka nak berubah jadi lebih baik juga. Jangan terus terleka menganggap diri dia da cukup baik dari orang lain. Takabbur tu namanya.


Cik Anis rasa nak kongsi petikan ayat ni dengan pembaca semua:

"Mereka yang rasa diri baik dan mulia ni terus-terusan mengutuk, mengata orang itu, sedangkan orang itu sekarang lebih selesa mengulit pahala dan mengikis dosa, sedangkan dia, yang terus-terusan memetik dosa!!"



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehinggalah mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka itu” [Al-Ra'd 13: 11]

Wallahualam.





p/s: Da masuk bulan 7 tahun 2011 pun. Sepatutnya bulan ni merupakan bulan istimewa buat kami. Tapi takpe la, just follow the flow je. Tak perlu stress. ^_^



2 comments:

Cik Emie said...

nasihat y baik :) kite kena selalu perbaiki diri kan :)

cik anis said...

betul tu cik emie..sekurang-kurangnya terlintas niat kt hati nak perbaiki diri pun lg baik dari kita terus khayal kan.. :)