July 21, 2011

alahai si bongsu

Salam.


Cerita adik bongsu Cik Anis yang da pun form 3 tu. Hehe.


@ cerita satu

Masuk bilik Cik Anis sebab nak suruh repair seluar dia. Biasa la kata tukang jahit keluarga kan. Seluar koyak ke apa ke semua hulur pada Cik Anis je. 5 minit lepas letak seluar, dia masuk bilik lagi nak ambik pulak. Hishh akak ko nak online pun tak senang. Huhu. Terus dia bagi sedass ayat dekat Cik Anis.

"Malas-malas ni macam mana nak kahwin"

Haha. Cehh. Yang bongsu pun da pandai guna ayat ni pada Cik Anis. Sabar je la haku.




@ cerita dua

Tengah syok blogwalking tengok baju-baju pengantin dekat blog b2b lain, adik Cik Anis tumpang sekaki tengok sekali. 

"Mana baju kahwin akak?"

Adoyai adik ku ni. Kain pun tak beli lagi la. Mana nak ada baju kahwin nya. Baju nikah pun tak jahit-jahit lagi ni. Lepas hantar jahit tepi terus simpan je dalam almari. Hehe.




@ cerita tiga

Dia nampak gambar EBS dan Cik Anis [gambar waktu outdoor photoshoot walimah kak ngah EBS dulu]

"Akak, nak tengok jap gambar dia."

Beberapa saat kemudian.

"Ish apesal pendek je? Boleh buli ni."

Haha. Hampeh betul adik haku ni. Mentang-mentang dia yang paling galah dalam family Cik Anis kan. Cik Anis pulak paling rendang. EBS pulak sama tinggi dengan Cik Anis. Sesedap rasa je dia cakap camtu kan.




@ cerita empat

Balik kerja sabtu lepas, rumah bau wangiiiii sangat. Tapi macam ku kenal bau ni.

"Bau perfume akak, siapa guna ni?"

"Owh tadi Lan sembur sebab bau busuk dekat sini."

=.='

A'ah dik, perfume tu memang akak beli untuk guna sembur satu rumah pun. Huhu.






Adik, adik. Nasib la ko adik. Kalau tak memang da kena sekeh. Haha.


2 comments:

Renee Meow said...

hehe mcm klakar je adik u nie.. hehhe..otak geliga tul.. ;p

cik anis said...

reene:

hehe..budak2 memang kadang2 xle nk expect apa dia akan cakap.. ;)