June 14, 2011

walimah kak ngah EBS: tudung nikah DIY

Salam.


Kali ni Cik Anis nak review tudung nikah DIY hasil tangan Cik Anis untuk kak ngah EBS.


Dua minggu sebelum nikah, kak ngah call Cik Anis minta tolong buatkan tudung dan inner syria untuk beliau. Sebab kak ngah tahu Cik Anis pernah buat bisnes tudung dan inner dari EBS. Huhu. Cik Anis ok je la sebab memang takde hal lain kan. Sempat je nak buatkan tudung untuk kak ngah.


Tudung yang Cik Anis DIY tu merupakan tudung syria sifon double layer dengan inner custom made rekaan Cik Anis.




Gambar kak ngah waktu nikah.

Inner tu bukan yang Cik Anis buat. Tu inner mak andam. Kak ngah kata waktu ni da kelam kabut tak sempat nak ambik inner yang Cik Anis buat dalam almari. Huhu. Outer tudung pulak tak nampak sebab masuk dalam baju.


Petang masa buat majlis khatam al-Quran, kak ngah pakai inner yang Cik Anis buat tapi Cik Anis pulak tak sempat ambik gambar sebab sibuk dekat dapur. Huhu.




Ini gambar nak makan beradab. Kak ngah re-use tudung nikah. Tapi tak nampak jelas layernya. Inner yang ni pun inner custom made Cik Anis jugak. Tapi waktu khatam al-Quran kak ngah pakai inner lagi satu. Ada dua jenis inner yang Cik Anis buatkan.



Untuk lebih jelas, Cik Anis letak gambar adik Cik Anis menggayakan tudung syria sifon double layer yang Cik Anis jahit.




Yang ni double layer red-black
Inner merah ni merupakan inner custom made rekaan Cik Anis.
Beza sikit dari inner syria dekat pasaran.


Kak ngah puas hati dengan tudung ni. [lega]
Tapi dia kecewa sikit dengan mak andam sebab kasar sangat masa cucuk peniti pada tudung tu. Habis urat kainnya tertarik-tarik. Sabar je la.




p/s: Ada sesiapa berminat dengan tudung dan inner rekaan Cik Anis ni? Hehe.



No comments: