June 13, 2011

walimah kak ngah EBS: outdoor photoshoot

Salam.


Entry sambungan dari last week.

Hee. Maaf la yer kalau da ada yang muak dengan review yang tak habis-habis ni. ;p


Lepas je majlis sanding, EBS nak ajak kak ngah dan suami buat outdoor photoshoot. Tapi EBS pun tak buat keputusan lagi nak bawak ke mana kan. Last-last Cik Anis bagi idea pergi satu lorong pokok getah ni. 


Jalan ni kira macam jalan alternatif nak ke kawasan perumahan EBS la. Cik Anis first time lalu lorong ni masa keluar dengan EBS dan kak ngah ke pekan Yong Peng awal bulan 4 dulu masa nak hantar jahit baju nikah kak ngah. Masa lalu tu dalam hati da terlintas, 'Cantik kalau buat photoshoot dekat sini'


So impian tu direalisasikan untuk wedding kak ngah. Hehe.


Hasilnya~
Yang ni dari kamera cabuk Cik Anis je la. Gambar lagi cantik kena tunggu dari OP.




"Abang, ada semut"
[dialog rekaan semata-mata]




Suka gambar ni.
Soooo sweeeetttt~
^_^




"Sayang, you can dance"
[dialog rekaan semata-mata]

Yang ni gambar candid.




"Pokok getah ni da boleh toreh lagi ni"
Haha.




Gambar candid.
Kak ngah tak tahan nak gelak kena sakat dengan kitorang. Haha.




Ba Ba Cak.
Yang ni idea Cik Anis. Hehe.


Selesai dengan pokok getah, kami bergerak ke padang sekolah pulak.



Gambar candid.
Kak ngah tak tahan nak gelak lagi. Haha.




Aksi cium dahi setelah kena paksa dengan bakal-bakal adik ipar. [Cik Anis dan bakal biras]
Haha.


Sebenarnya ada macam-macam aksi lagi tapi kebanyakannya OP yang ambik. Cik Anis sibuk bagi arahan je. Hahh Cik Anis boleh jadi director untuk photoshoot tahu. Haha.


Kak ngah dan suami memang tahan je la kena ikut arahan Cik Anis kena posing macam mana. Hehe. Kena tunggu gambar dari OP ni. [tak sabar..hee]


Otw nak balik rumah, Cik Anis siap cakap dekat kak ngah, "Akak, maaf la dapat bakal-bakal adik ipar dua-dua kepala masuk air macam ni." Haha. Cik Anis dan bakal biras dua-dua membuli kak ngah dan suami je sepanjang photoshoot tu. Hee.


Tapi outdoor tak buat lama pun sebab waktu gerak dari rumah cuaca da mendung. Posing tak sampai setengah jam hujan da mula turun renyai-renyai. Huhu.




Gambar penutup entry kali ni, EBS sebagai pak andam terjun merangkap pembantu director. Boleh? Haha.



Erm..tak pasti ada lagi tak cerita-ceriti berkaitan majlis kak ngah ni. Kalau ada nanti ada la entry berbangkit lagi ek. Hee.


3 comments:

UyaRayza said...

klasik jugak tgkp gmbr kt ladang pokok getah hehehe..ala2 autumn in my heart dh hehehe

anaztasias nora aira said...

cantiknya gaun... OP punya nanti mesti cantik. share tahu nanti :)

cik anis said...

uya:

hehe..nk pergi jauh2 malas..dpt pokok getah pn jadik la.. ;)



nora:

insyaAllah kalau anis dpt gambar nya anis share ye.. :)