June 07, 2011

walimah kak ngah EBS: majlis resepsi

Salam.


Ok kali ni Cik Anis kongsi gambar sekitar majlis resepsi kak ngah EBS pulak ek.




Ketibaan pengantin lelaki




Nenek EBS bagi minum air dulu sebelum menempuh 'dugaan' yang pelbagai lepas ni. Hehe




Tu dia 'dugaan' nya. Kena bayar tol dulu. Haha. EBS jadi kepala tol. Cik Anis naib kepala tol. Tu sebab ada kat belakang EBS. Ececey. ;p
"Kita tunggu sini. Kita back up" -dialog usop wilcha. Haha.




Sesi serahan duit tol. Nenek tak puas hati sebab dapat sikit. Haha. Berdebar pengapit ni kena buli dengan kitorang depan pintu rumah.




Dua lagi tol depan pelamin. Yang duduk depan pelamin dan mak andam. Hehe.
Waktu ni Cik Anis dan bakal biras join juga lagi sekali. Jadi dapat dua duit tol. Haha.




Kak ngah sabar je la tunggu atas pelamin. Hehe.




Mak andam kira duit tol sebelum bagi izin pengantin lelaki naik.




Akhirnya. 

Memang lama gila kitorang buli pengantin lelaki sebelum bersanding. Walaupun ada makcik-makcik da bising suruh bagi laluan cepat tapi semua yang jaga tol seronok menyakat pengantin. Haha.

Cik Anis dan bakal biras kena jaga tol pun sebab mak ngah EBS yang paksa. Kira macam paksa rela gitu kan. Ini pertama kali Cik Anis jaga tol. Hari tu waktu majlis b2b Nolie pertama kali tengok sesi tol ni sebab sepanjang ada sepupu Cik Anis kahwin tak pernah buat sesi tol ni. Hehe.




Sesi menepung tawar pengantin.
Letak gambar EBS je la. Ambik berkat gitu kan. Haha.




Bila pengantin da turun dari pelamin, Cik Anis dan bakal biras ajak Cik Ros, jiran EBS ni bergambar. Cik Ros ni peramah sangat. Baru kenal da boleh mesra macam ni. Hahh siap peluk pinggang lagi kan. Haha. 


Tengah posing-posing depan pelamin sekali FMIL Cik Anis sound;
"Ni salah mak ni. Apa ambik gambar dengan orang lain pulak."
Haha. Tu dia. Kan da FMIL cakap macam tu. Habis semua dekat depan pelamin tu gelak. Hehe.




Ok ambik gambar dengan mak betul lak. Ni la FMIL Cik Anis. Comel je orangnya. Hehe.




Sesi meng-gedik dengan bakal biras.
Kitorang ambik gambar duduk depan pelamin macam ni je tapi makcik-makcik semua dok sakat;
"Duduk je la atas kerusi tu. Praktis!"
Haha. Sabar je la. Tapi kitorang memang takde naik atas pelamin pun. Tahan posing depan pelamin je. Hehe.




Dengan sepupu EBS, Husna.




Kek pengantin.
Kek dan cupcake dua-dua sedap. Yummie!!




Gambar last, Cik Anis, pengantin dan bakal biras.
Sebelum bergerak untuk outdoor photoshoot.
Yang ni sambung next entry ok!
Daa~




No comments: