June 16, 2011

walimah kak ngah EBS: corat-coret sepanjang majlis

Salam.


Mungkin ini adalah entry penutup untuk review majlis walimah kak ngah EBS. Rasanya semua Cik Anis da kongsikan. Buat entry depend pada gambar kan. Rasa hampir semua gambar Cik Anis da tepek dalam blog ni. Hehe.


Sebagai penutup review majlis walimah ni Cik Anis nak coretkan beberapa perkara yang mungkin boleh Cik Anis simpan sebagai kenang-kenangan dalam blog 2hati-jadi1 ni.


  1. Pagi hari nikah [jumaat] Cik Anis sampai je terus masuk bilik FMIL. Boleh? Haha. Takdenya nak cari EBS ke apa. Pape hal cari FMIL dulu. Tu yang jadi bidan terjun kena gubah hantaran gula-gula sampai siap. Hee. 
  2. Pagi hari nikah tu agak kelam kabut sikit suasana dekat rumah EBS. Yela salah satunya sebab hantaran gula-gula tu tak siap lagi kan. FMIL pun tak sempat nak bersiap sebab kena ngadap hantaran tu je. Akhirnya Cik Anis volunteer nak siapkan hantaran gula-gula tu sorang-sorang sebab kesian tengok FMIL da kelam kabut kan. Takde pengalaman buat hantaran tapi ok la as a newbie kan. Hehe.
  3. Tengah hari sementara tunggu waktu nak ke masjid [bagi lelaki], Cik Anis, bakal biras dan adik beradik EBS semua lepak depan TV sambil makan aiskrim. Waktu tu macam takde apa-apa je dekat rumah tu kan. Memang santai sangat. Nak manja-manja pun boleh. Haha. [gatal ;p] 
  4. Sementara yang lelaki ke masjid, Cik Anis dan bakal biras ambik kesempatan qada tidur dalam bilik EBS. Sebab bilik tu je kosong. Haha. Nekad je la.  
  5. Pagi sabtu pulak, Cik Anis sampai rumah EBS dalam pukul 9. EBS pun tak mandi lagi. Haha. Nak tolong buat kerja pun semua nya da siap. Cik Anis duduk berborak dengan makcik-makcik EBS je la pagi tu. Tak tahan gelak je borak dengan diorang.   
  6. Habis lepak dengan makcik-makcik, lepak pulak dengan adik-beradik EBS dekat tengah rumah. [Sebab tetamu da mula penuh dekat ruang tamu] Part ni pun tak tahan gelak je. Adik-beradik EBS ni kuat membahan jugak. Haha.
  7. Bila da tak tahu nak buat apa, end up mengekor EBS ke pekan yong peng sebab nak beli plastik alas meja. Ikut je la sebab tak tahu nak buat apa da. Hehe. 
  8. Sementara kak ngah bersiap, Cik Anis jadi guard depan pintu bilik beliau sebab tetamu yang datang asyik tanya je mana bilik pengantin. Cik Anis la penunjuk jalannya. Hehe.  
  9. Sepupu EBS yang kecik-kecik semua mula rapat dengan Cik Anis. Sikit-sikit panggil..sikit-sikit panggil. Layankan je la. Seronok layan budak-budak ni. Hehe.  
  10. Adik perempuan EBS yang 2nd last mula mengorek cerita perkenalan Cik Anis dengan EBS dan perkenalan bakal biras dengan bakal adik ipar. Comel je. ;)  
  11. Sepanjang berada dekat rumah EBS memang mengumpul soalan-soalan ni je la; "Anak siapa ni?", "Yang ni bakal nya yang mana satu, adik ke abang?", "Owh ni la uda punya bakal eh?" dan macam-macam soalan lagi yang membawa maksud yang sama. Malu nak jawab, sudahnya Cik Anis senyum je la. Bakal biras pun macam tu jugak. Huhu. 
  12. Kena sakat dengan makcik-makcik EBS pun redha je. Nasib ada geng dengan bakal biras kan. Sama-sama kebal bila kena sakat. Haha.
  13. Ada sesetengah makcik yang keliru antara Cik Anis dan bakal biras siapa pasangannya [yang mana untuk EBS, yang mana untuk adik EBS]. Sampai tertukar-tukar pasangan bila diorang bercakap dengan kami. Penat Cik Anis dan bakal biras betulkan ke-ter-sasulan diorang. Haha. 
  14. Suasana gamat waktu FFIL Cik Anis nak menepung tawar pengantin. Maklum lah pengalaman pertama kan. Memang lawak betul ayah EBS ni. Ada je lawak beliau atas pelamin tu. Semua yang beliau nak buat beliau komen-komen dulu. Comel je. Hehe.
  15. Selepas EBS menepung tawar pengantin, sepatutnya EBS yang cium tangan pengantin sebab yang kahwin tu kan kak ngah EBS tapi pengantin lelaki nervous sangat sampaikan dia pulak yang cium tangan EBS. Semua pakat gelak. Haha.  
  16. Cuaca sepanjang majlis Alhamdulillah cerah. Tapi bila selesai je majlis memang hujan mencurah-curah sampaikan Cik Anis nak balik pun kena tunggu hujan reda dulu. Hujan memang lebat sangat-sangat petang sabtu tu. 
  17. FMIL bekalkan macam-macam waktu Cik Anis nak balik. Alhamdulillah rezeki.
  18. Selesai kenduri Cik Anis mula sakit pinggang, sakit belakang, bengkak tangan dan macam-macam lagi. Pakej lengkap gitu kan. Hehe.
  19. Mengadakan majlis perkahwinan kali pertama dalam keluarga kalau ada kekurangan, kekalutan, kelam kabut tu biasa la kan. Nama pun pengalaman pertama. :)  
  20. Ok da tak tahu nak taip apa-apa. Bye.




:: Cik Anis otw nak balik Kluang petang majlis ::

Gigih sangat kan sambil drive nak ambik gambar bagai. Haha.

Jalan adalah jammed petang tu. Huhu.






2 comments:

UyaRayza said...

anis wajib dtg la mjlis bertandang uya mcm tue hehehe

cik anis said...

kalau uya jemput, insyaAllah anis sampai majlis uya nanti..hehe