June 24, 2011

terima kasih

Salam Jumaat.


Sekadar luahan ringkas di malam hari.


Petang tadi masa dekat office, Cik Anis borak-borak la dengan site manager yang kebetulan tak turun ke site hari ni. Selama Cik Anis kerja dekat situ, baru beberapa kali je jumpa site manager ni. So tadi sempat la dia interview Cik Anis.


Dia pelik sebab Cik Anis ada degree dalam bidang IT tapi kenapa sanggup kerja dalam bidang yang terlalu jauh dari bidang yang Cik Anis belajar. Sedangkan peluang kerja dalam bidang IT tu ada je.


Belum sempat Cik Anis nak jawab, site manager ni jawab sendiri;

"Mesti U ada someone dekat sini kan. Family? Boyfriend? Kan?"


Hehe. Tahu-tahu je kan dia.


Cik Anis cuma betulkan sikit je jawapan dia;

"Bukan boyfriend la Ms. W, tunang." ;)



Erm. Cik Anis punya alasan tersendiri kenapa Cik Anis tak kisah kerja bukan dalam bidang yang Cik Anis belajar.


Kerja apa sekalipun Cik Anis tak kisah sebenarnya. Yang menjadi keutamaan Cik Anis adalah Cik Anis berada dekat dengan keluarga dan yang paling penting juga Cik Anis tak nak menghadapi pjj bila da nikah nanti.


Tu je.


Tak sanggup rasanya hidup berjauhan bila da halal nanti. B2b fahamkan perasaannya?


Buat yang bertanya dan mengerti, terima kasih sebab faham. :)





p/s: Kerja bidang lain, boleh tambah ilmu. Bukankah ilmu Allah itu luas.


No comments: