June 20, 2011

survey-mensurvey

Salam.


Macam mana weekend anda?


Cik Anis macam biasa la hari sabtu half day kerja lepas tu baru free. Huhu.


Sabtu lepas habis kerja Cik Anis dan EBS ke jemputan walimah kakak kawan kami.


Tema mereka pun purple juga. Cantik nyeeee.... Hee.


Selesai ke jemputan, Cik Anis dan EBS jemput adik Cik Anis dekat rumah pula lepas tu kami bertiga ke Kluang Mall dengan niat nak membuang masa. Haha. Tak la. Sebenarnya EBS hantar motor dia pergi servis so sementara tunggu motor dia siap, dia ikut la Cik Anis dan adik jalan-jalan cuci mata dekat shopping complex sekejap.


Sampai je dekat Kluang Mall memang masing-masing blur tak tahu nak buat apa. Sudahnya Cik Anis dan EBS survey barang hantaran kami je la. Hehe.


Oh, survey barang hantaran je memang buat kita tak sedar masa yang berlalu. Tu belum nak beli lagi. Kalau nak beli rasanya tak sedar kedai da nak tutup kot. Haha.


Antara yang da selamat kami survey dan tinggal tunggu masa nak beli je adalah perfume untuk Cik Anis dengan set kemeja dan slack untuk EBS. Yeay! Tak sabarnya nak beli. 


Hari tu Cik Anis terus nak belikan set kemeja dan slack untuk EBS dia pulak tak bagi beli sekarang. So terpendam je la hasrat nak beli hantaran cepat-cepat kan. Orang tak nak buat kerja last minute tapi takpelah ikut je cakap EBS tu. Huhu.


Cik Anis teruja sebenarnya bila pergi survey barang hantaran dengan EBS. Hehe. Yela kami bukan jumpa selalu pun kan. Bila jumpa macam ni dan pergi uruskan beberapa hal berkaitan walimah kami mesti la hati bunga-bunga kan. Hihi.



No comments: