June 17, 2011

Soalan: selalu dating kat mana?

Salam.


Cik Anis selalu juga dapat soalan macam tajuk entry ni. Hurm. Perlu ke Cik Anis jawab Cik Anis dating kat mana? Huhu.


Walaupun orang yang bertanya tu tak tahu akan kewujudan blog 2hati-jadi1 ni, tapi Cik Anis lebih selesa menjawab panjang lebar pertanyaan dia dekat sini. Hehe. Kira halal la.








Ok la, sejujurnya, Cik Anis pun bukan la baik mana. Masih banyak kekurangan dalam diri ni. Jalan perubahan diri Cik Anis masih lagi dalam proses. Bukan la da 100% Cik Anis berubah dari sifat/sikap Cik Anis yang dulu.


Menjawab soalan si penanya ni, Cik Anis dan EBS tak pernah dating. Yup itulah hakikatnya. Tapi bila Cik Anis jawab macam tu pada dia, dia buat muka. Tak percaya dengan jawapan Cik Anis. Huhu.


Tempat kerja EBS memang dekat sangat dengan rumah Cik Anis, dalam 10 minit sampai da. Tapi kami bukan la jumpa tiap-tiap masa. Hujung minggu pun bukan la kami keluar pun. Masing-masing bermalas-malasan dekat rumah sendiri je.


Kalau Cik Anis dan EBS keluar atau berjumpa pun, biasanya ada orang lain. Ada masa, adik Cik Anis akan ikut, ada masa pulak emak, kak ngah atau adik EBS akan ikut. [depend pada aktiviti yang kami lakukan] Kalau perjumpaan ni boleh dikira sebagai dating, so kira ni la dating kami kot.


Keluar berdua?

Tipu la kalau tak pernah kan. Waktu EBS nak ke interview masa awal bulan 2 hari tu, Cik Anis yang hantar dia ke stesen ktm. Dan waktu Cik Anis menghadiri interview di JB bulan 3 hari tu pulak, EBS la yang teman Cik Anis ke sana. Ni boleh kira dating ke? Tak dapat dipastikan. Huhu. Owh kami pernah juga berdua ke jemputan walimah beberapa kawan EBS. Adakah ini juga dikira sebagai dating?


Cik Anis buat entry ni bukan nak tunjuk baik atau apa, Cik Anis da tulis awal-awal tadi, Cik Anis pun tak baik mana kan. Cuma bagi Cik Anis takde la pelik mana kalau tak dating. Dalam erti kata lain, tak pergi shopping complex berdua, tak pergi tengok wayang ke, makan-makan ke. Tak berjumpa untuk tempoh masa panjang pun takde la pelik mana walaupun kami dekat je. Hehe. Tapi pelik pulak bagi orang sekeliling. Huhu.


Dulu Cik Anis da rasa semua, waktu jahiliah dulu da puas habiskan masa dekat shopping complex, pergi tengok wayang, pergi karaoke la. Balik tengah malam pun da rasa. Tapi manusia boleh berubah kan? Alhamdulillah sekarang da tak sejahiliah dulu. Dulu rasa jauh sangat dengan hidayah Allah. Tapi sikit-sikit Allah jentik hati ni suruh berubah. Maka, ini la Cik Anis. Seorang yang masih dalam proses menjadi seorang yang terbaik untuk keluarga dan suami. InsyaAllah.


So agaknya kalau lepas ni dapat soalan macam ni, mungkin Cik Anis akan jawab macam ni:

"Kami dating dekat kenduri walimah orang, dating masa otw nak ke interview, dating dengan keluarga juga"

Ok kan? Haha.


Cik Anis tak terkilan pun tak dapat dating ni. Sebab Cik Anis pun sekarang rasa lebih suka habiskan masa dekat rumah je. Fikirkan persiapan majlis walimah kami nanti. EBS pun bukan la jenis suka keluar tak tentu hala. So tak perlu dating pun. Takde kepentingan. Huhu. 


Aktiviti zaman jahiliah banyak yang Cik Anis da tinggalkan. Dulu kaki karaoke tapi sekarang tak la. EBS tak bagi buat da. Suara tu kan aurat wanita. So sendiri faham la kan. EBS cakap sikit je selebihnya Cik Anis fikir la sendiri. Hehe.


Syukur juga kawan-kawan Cik Anis ramai yang memahami situasi Cik Anis sekarang ni. Yang mana pernah ajak Cik Anis karaoke semua sanggup tukar aktiviti lain semata-mata demi menghormati permintaan Cik Anis. Terima kasih kawan-kawan semua. Sayang korang ketat-ketat!!!


Kalau ada yang kata Cik Anis nak tunjuk baik atau apa sekali pun, itu terpulang la. Cik Anis taip entry ni sekadar nak lepaskan apa yang tersimpan dalam hati.  ^_^




2 comments:

UyaRayza said...

nk simpan waktu berdua2an pas kawen ble hehehe

cik anis said...

hehe..camtu la baru best! ;)