June 03, 2011

saat lafaz sakinah

Salam.



Cik Anis mula jatuh cinta pada satu lagu ni bila Cik Anis menonton satu video pernikahan satu pasangan di fb.



*tak pasti kalian boleh view tak video ni*




Rasa sebak sangat. Perjalanan video yang ringkas tu dengan alunan lagu yang liriknya menyentuh hati ni, memang rasa nak meleleh je air mata. Huhu.



Terus rasa berdebar menanti saat diri sendiri diserahkan tanggungjawab daripada seorang bapa kepada seorang suami. 



Dengar banyak kali memang boleh menangis la. T_T



Saat Lafaz Sakinah - Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus




sesi lafaz sakinah

source: google







Pernikahan dekat Johor memang akan ada sesi lafaz sakinah. Rasanya memang akan jadi drama air mata la saat tu. Tengok orang lain buat pun Cik Anis boleh sebak inikan pula kalau diri sendiri yang baca kan. Huhu.


p/s: pasangan dalam video dekat atas tu adalah sepupu kawan Cik Anis. Majlis pernikahan tu berlangsung dekat Serdang. Barakallah.


***********************************************


Di kesempatan ini juga Cik Anis nak buat ucap selamat buat kak ngah EBS yang da selamat bernikah dengan pasangannya pagi tadi. Hari tu plan asalnya nikah malam tapi sudah tukar rupanya.


Buat kak ngah dan abang Yus,

SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA HUBUNGAN KALIAN DIBERKATI ALLAH SENTIASA
DIKURNIAKAN MUJAHID/MUJAHIDAH YANG AKAN TERUS MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH. INSYAALLAH. 

BARAKALLAH!!!


p/s: agak-agak waktu entry ni dipublish, Cik Anis ada dekat mana? Hehe.


5 comments:

Cik Lijah - BuKan PuTerI CinDeReLla said...

ooo da penah tgk video ni dl....
menangis org bile tgk...terharu sgt dear....

mmg amek pengajaran byk2 dr video nih...nak buat yg wajib, taknak ade syubhah kat mana2...nak bersederhana....huhu

nida-razak said...

da tengok video tu..sweet je..especially time dia nk dalam husband dia, malu2 je =)

cik anis said...

cik lijah:


yup..sgt terharu kan video ni..w/pn ringkas tp apa yg nk disampaikan sgt mudah - cari keberkatan dalam pernikahan :)



nida:


hee..taem tu comel sgt..tunang anis pn suka part tu.. ;)

anaztasias nora aira said...

yeay dpt tgk. thanks share dear :)

cik anis said...

nora:

ur welcome dear ^_^