June 28, 2011

menjawab soalan seorang rakan

Salam.

Seorang kawan sekolah Cik Anis pernah naikkan status dekat fb beliau. Antara ayat dalam status beliau adalah

 "dari mana la korang dapat duit nak kawen awal ni ek? konfius aku."

lebih kurang macam ni la status beliau.

[kawan Cik Anis da bekerja]


Cik Anis tertarik pula nak buat entry berkaitan hal ni. Sebab macam ada kaitan juga la dengan life Cik Anis sekarang ni kan. Hehe.



Yup Cik Anis sendiri baru je bekerja. Lagi la takde simpanan yang membukit untuk buat majlis grand-grand ni kan. Bajet Cik Anis ciput je. Sekangkang kera gitu. Tapi Cik Anis masih boleh buat persiapan dari sekarang. Segala barang yang Cik Anis beli untuk persiapan majlis Cik Anis dan EBS adalah sepenuhnya duit Cik Anis. Alhamdulillah walaupun hampir 8 bulan lebih menganggur, Cik Anis TAK PERNAH minta wang belanja dari mak ayah Cik Anis. Apa yang Cik Anis beli; dari keperluan harian, hadiah, barang majlis; semuanya duit Cik Anis sendiri. Tapi kalau mak ayah hulur duit belanja pada Cik Anis takde la Cik Anis menolaknya. Hehe. Tu kalau mak ayah nak bagi la. Untuk meminta dari mereka memang tak la.


Agak-agak b2b mana Cik Anis dapat duit ek? Hehe.



EBS bagi?
Owh tidak. Belum masanya untuk menggunakan duit EBS. Hehe.


Apa yang Cik Anis boleh katakan secara ringkas, habis je buat degree pertengahan tahun lepas, Cik Anis buat online business. Sebenarnya online shop ni Cik Anis da buat sejak dari Cik Anis 2nd year lagi. Waktu tu Cik Anis buat handmade craft. Tapi bila da habis belajar Cik Anis berjinak-jinak pula dengan buat dan jual custom made inner syria. So dari situ la Cik Anis dapat duit poket sepanjang bergelar penganggur ni. Tapi hujung mac lepas da stop la. Cik Anis da tutup bisnes sebab rasa da takde daya nak menguruskan semua benda dalam satu masa. Yela dari beli stok kain, menjahit, ambil order, pergi pos barang lagi. Fuhh da mula terasa penat. Jadi Cik Anis buat keputusan untuk stop sekejap atau mungkin tutup terus online business Cik Anis ni.


Profit memang boleh kata banyak la juga tapi bila tolak beli stok baru, takde la banyak mana pun untung bersih yang Cik Anis dapat. Dulu waktu takde hala tuju yang jelas dalam hidup [wahh ayat!] duit hasil jualan ni kebanyakannya terhabis macam tu je. Shopping benda-benda lagha macam kasut baru la, baju la, barang make up la. Benda yang takde kepentingan sangat. Tengok-tengok duit habis. Macam tu je la. Huhu.


Tapi sejak januari lepas, bila EBS da mula serius ajak Cik Anis memikirkan hal ehwal persiapan majlis kami, waktu tu baru la Cik Anis ada kesedaran yang Cik Anis kena pandai urus sumber kewangan Cik Anis. So sejak dari awal tahun 2011 ni Cik Anis da mula kawal duit keluar masuk Cik Anis. Sekarang ni boleh dikatakan duit simpanan Cik Anis adalah sepenuhnya untuk persiapan majlis kami. Tak banyak pun. Tapi insyaAllah cukup untuk meringankan beban EBS. =)








Kita sebagai bakal isteri rasanya takde la terbeban sangat dengan perbelanjaan majlis perkahwinan kan. Sebab majoriti perbelanjaan adalah dari pihak lelaki. [bersyukur jadi perempuan ;p] tapi rasanya tak salah kalau kita ada niat nak ringankan beban perbelanjaan bakal suami kita. Lagipun kalau nak majlis yang memenuhi kehendak kita, kena la keluarkan duit belanja sendiri juga kan.


Kalau boleh majlis kami terutamanya belah Cik Anis nanti tak nak menggunakan duit belanja dari mak ayah Cik Anis. InsyaAllah semua perbelanjaan adalah dari simpanan kami sendiri. Pinjam bank memang tak la. Mak Cik Anis da warning dari dulu lagi tentang hal ni. Kami pun memang takde terfikir pun nak meminjam dari bank. 


Majlis kami nanti insyaAllah sederhana saja. Kami buat setakat kemampuan kami je. Tu adalah antara sebab kenapa Cik Anis suka nak ber-DIY untuk majlis kami. Kadar penjimatan perbelanjaan adalah berbaloi-baloi. ^_^


Sebenarnya nak kahwin awal ni takde masalah pun kalau da pandai kawal perbelanjaan harian kita, da pandai menyimpan dari awal dan da ada plan macam mana nak menjimatkan perbelanjaan untuk majlis. Semuanya bergantung pada diri masing-masing juga la. Tapi adalah satu bonus untuk mereka yang da bekerja sebab simpanan pasti lebih banyak kan. Huhu.


Apa yang penting adalah hidup selepas tu. Itu lebih perlu diberi fokus daripada majlis yang hanya berlangsung selama satu hari. ^_^



Mengharapkan keberkatan Allah untuk segalanya. Ameen.





Artikel dari iluvislam ini mungkin boleh memberikan sedikit kesedaran/panduan/pemahaman buat semua.










2 comments:

UyaRayza said...

aah skang rmai org tanye gitu...nk wt mende baik...adenye rezeki tue kn hehehehe

cik anis said...

betul tu uya..bila kita da ada niat nak menikah, pintu rezeki tu pasti terbuka dgn seluasnya kan.. ;)