June 24, 2011

hormat?

as-salam










Mengadap skrin laptop beberapa ketika sebab tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Haha.






Nak cerita tentang persiapan pernikahan memang tak ada perkembangan pun lagi. Nak cerita pasal DIY, enjin pulak belum panas-panas lagi. Hehe.



Sebenarnya saya rasa nak berkongsi satu rasa. Iaitu tentang perkataan hormat. Apa yang boleh saya cakap, kalau nak cari pasangan atau lebih tepat bakal suami, cari la yang kita boleh hormat pada dia. Hormat kat sini maksudnya bila kita dengan dia, kebarangkalian untuk kita melawan cakap dia atau nak jadi miss diktator tu hampir takde dalam diri kita.



Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan pada hubungan selepas bernikah nanti. Err memang la saya belum pun bernikah tapi ni pun berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas jugak la. Tu sebab tiba-tiba dapat idea nak buat entry ini.



Saya sebenarnya seorang yang panas baran. Pantang orang buat silap sikit saya cepat nak hangin satu badan. Haha. Faktor mengikut acuan bapa mungkin. (;p) Tapi tu dulu. Yup. Alhamdulillah sekarang sifat tu boleh kira da takde dalam diri saya.







Mengenali EBS sewaktu saya praktikal dulu, saya rasa saya paling selamba berbanding student praktikal lain. Siap kau-aku lagi. Kutuk-kutuk dia depan-depan pun selalu jugak la. Haha. Tapi dalam hati sebenarnya rasa macam tak hormat la pulak pada dia kan. Yela da la dia lebih tua dari saya tapi saya selamba badak je buat camtu dekat dia. Tapi tu dulu la.



Lama-lama macam nak tukar panggilan nama tu pada panggilan yang lebih sopan tapi agak susah. Sedangkan abang kandung sendiri pun saya tak panggil abang. Haha. So sampai saya habis praktikal saya masih lagi panggil dia dengan nama je. Cuma panggilan kau-aku tu da bertukar jadi saya-awak la. Sopan sikit kan.



Eh kenapa saya masuk cerita pasal panggilan pulak. Kelaut pulak. Haha. Ampun..ampun..



Sebenarnya, dari duluuuuu lagi saya hormat gila pada EBS. Sebenarnya dari duluuuuu lagi saya malu nak kawan dengan EBS. Bagi saya, saya rasa macam saya ni budak jahat tapi dia budak baik. Rasa tak layak nak kawan dengan dia. Huhu. Dengan penampilan dia dekat tempat kerja. Macam imam muda. *pengsan* Haha. Saya pulak da la macam kepala masuk air. Huhu..



Sebelum EBS lamar saya dulu, saya pernah terlintas dalam hati. Rasa tak layak nak kawan dengan orang baik-baik ni. Rasa takut kalau tiba-tiba ada hati pada EBS waktu tu. Ditambah pula waktu tu saya masih dengan ex saya. Ok la tak curang pun. Masih setia dengan ex saya masa tu. Tapi ditakdirkan, setelah apa yang berlaku pada hubungan saya yang lepas, EBS muncul sebagai lelaki yang melamar saya. Saya? *pengsan lagi* Haha..



Tapi syukur la. Sebab lelaki yang melamar saya ini adalah lelaki saya hormat. Hormat dalam erti kata lain, saya boleh terima teguran dan nasihat dia dengan berlapang dada. Takde la nak bantah ke, lawan cakap ke. Nak bandingkan dengan hubungan saya yang sebelum ni, hehe. Jauh beza sangat perangai saya. Mungkin faktor usia turut memainkan peranan dalam hal ni. Rasanya la..



Owh ya, cerita saya ni lebih fokus pada hormat seorang perempuan kepada lelaki. Tapi sebenarnya saya nak tekankan tentang hormat lelaki kepada perempuan juga. Kira dalam masa yang sama kita sebagai perempuan pun kena la cari pasangan yang boleh menghormati diri kita sebagai seorang perempuan. Betul tak?



Perkataan hormat ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Tapi percayalah, sekadar cinta je tak cukup ok. Ada sesetengah pasangan belum apa-apa lagi da boleh naik tangan kat muka, da boleh buat macam-macam mengalahkan mak ayah kita pula. Yang tu kalau benda elok takpe la kan. Tapi kalau yang memudaratkan kita tak rasa takut ke kalau benda tu berlarutan bila da bernikah nanti? *gulp*



Apa-apa pun, tanya la pada diri kita sendiri kenapa kita pilih dia sebagai bakal suami kita? Sebab harta? Rupa? Keturunan? Diri dia sendiri? Agamanya? Atau cinta semata-mata? 



Semoga hidup kita dan bakal pasangan hidup kita diberkati dan diredhai Allah. Ameen..






p/s: just my 2 cents ^^

p/s/s: entry ni da lama taip tapi tersimpan dalam draft je. hihi


2 comments:

UyaRayza said...

nice one...mcm terharu plak pas baca hehehe..apakah? emosi tak teratur nie hehehe

cik anis said...

terharu?? ni betul2 emosi tak teratur ni..hehe ;)