June 06, 2011

bermulanya dunia baru

Salam.



Hari pertama sebagai seorang pekerja makan gaji. Hehe. Selama ni kerja sendiri je. Cik Anis la ketua, Cik Anis la kuli. Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah. Ini la rezeki yang Allah kurniakan buat Cik Anis. Setelah sekian lama menanti untuk cari pengalaman bekerja bawah orang, akhirnya Cik Anis diberi kesempatan ini. Terima kasih Allah.



Bidang kerja Cik Anis ni sangat jauh terpesong dari apa yang Cik Anis belajar masa kat u dulu. Belajar IT, kerja bidang engineering. Boleh? Hehe. Engineering kalau masih berkaitan IT takpe lagi tapi Cik Anis terpesong 360 darjah. Engineering dalam bidang construction. Hari pertama da kena check fail-fail projek yang nilainya banyak-banyak angka gitu kan. Huhu.



Walaupun nilai gaji yang diterima buat permulaan ni mungkin tak setimpal dengan degree yang Cik Anis ada, tapi itu bukan masalah besar buat Cik Anis. Asalkan dapat kerja dekat Kluang, dekat dengan EBS rumah. Ok la kan. Tu je kriteria yang Cik Anis nak. Hehe. Lagi satu, yang penting Cik Anis dapat timba pengalaman baru. =)



Tak kisah pun. ;)



Semoga hari-hari yang akan dilalui selepas ini dipermudahkan segalanya oleh Allah. Ameen.




Kenapa mula kerja 6hb dan bukan 1hb?

Sebab Cik Anis tak nak korbankan cuti untuk ke walimah kak ngah EBS. Haha. Tapi rasa macam demand gila ah sebab belum kerja da minta cuti dulu. Nasib baik manager Cik Anis tak kisah Cik Anis mula kerja 6hb. Hee.





p/s: Esok mula buat OT. Kumpul duit nak kahwin! Haha.


No comments: