May 23, 2011

tips pikat hati FMIL?

Salam.


Entry bagi memenuhi permintaan Kina. Hehe.


Kina, Anis tak pasti la apa yang Anis tulis ni tips yang sesuai ke tak tapi ni based on my experienced ok! ;)


Entry ni juga untuk kawan Cik Anis yang pernah tanya Cik Anis camne boleh rapat sangat dengan family EBS. ;)




**********************************************





^_^



Alhamdulillah sehingga ke hari ini, hubungan Cik Anis dengan family EBS sangat lancar. Dari adik beradik ke mak ayah EBS, Cik Anis selesa dengan mereka. Tapi sebagai perempuan kan, apa-apa hal mestilah kita lagi risau macam mana nak pikat hati FMIL. Kira FMIL merupakan fokus utama untuk kita ambil hati dia. Baru la boleh jadi menantu kesayangan. Tak gitu? Haha.


Cik Anis senaraikan 10 tips untuk pikat hati FMIL. Tips ni bukan dari mana-mana buku tau. Tapi daripada apa yang Cik Anis buat je. Hehe.





1. Jadi diri sendiri

Yang ni letak dekat no.1 sebab yang ni paling penting. Nak jumpa FMIL dan family bakal suami kena la jadi diri sendiri kan. Kalau tersipu-sipu sikit tu kira ok lagi la. Tapi jangan sampai jadi hipokrit pulak. Nanti da nikah baru nampak sikap sebenar yang sangat berbeza dengan sikap yang dilakonkan tu takut timbul masalah lain pula kan. Lagi pun jadi diri sendiri la best. Tak payah nak tunjuk perfect sangat sebab semua orang ada kekurangan masing-masing kan.





2. Kenali karakter FMIL

Point kedua pula, kita kena kenali karakter FMIL kita. Macam Cik Anis, Cik Anis kenali karakter FMIL daripada pertemuan pertama kami. Dari situ baru kita boleh tahu FMIL ni orangnya macam mana. Lepas tu baru boleh cari tips yang sesuai nak pikat hati beliau.


Macam mak EBS ni, beliau seorang suri rumah. Jadi boleh tahu la kan masanya banyak habis dekat rumah je. Tahu la juga rutin harian suri rumah macam mana kan. FMIL Cik Anis seorang yang talkative macam EBS. Berlawanan dengan Cik Anis yang lebih pendiam. Jadi kat sini kena pandai la nak susun ayat nak borak dengan FMIL. Hehe.


Part paling best, FMIL Cik Anis juga seorang yang suka ber-DIY. Hehe. Yang ni Cik Anis baru tahu je. Sebabnya untuk majlis kak ngah EBS nanti, hantaran dan doorgift untuk pihak lelaki akan dibuat oleh FMIL Cik Anis. Tak sabar tunggu hasilnya nanti.





3. Bawa buah tangan bila melawat walaupun ditegah

Yang ni standard la. Kalau baca tips kat mana-mana pun mesti ada punya la point buah tangan ni. Jadinya kalau nak pikat hati FMIL mahupun family bakal suami keseluruhannya, jangan lupa bawa buah tangan setiap kali datang melawat ye.


Kadang-kadang bila Cik Anis bawa buah tangan memang FMIL akan cakap tak payah la. Membazir je. Tapi Cik Anis tetap akan bawa buah tangan sebab tu menunjukkan kita memang teruja nak datang melawat FMIL dan family bakal suami kita.


Kat sini pun Cik Anis nampak rasionalnya waktu tunang tak payah menonjol sangat pada family bakal suami sebabnya bila sekali kita datang dengan buah tangan atau tidak, kehadiran kita tu macam lebih disambut daripada yang selalu tunjuk muka sampai keluar masuk rumah bakal mentua pun orang da tak ambil kisah. Huhu.





4. Kerjasama
Apa yang penting?

Kerjasama!!!!

Kerjasama antara b2b dan bakal suami adalah sangat membantu dalam proses nak pikat hati FMIL ni.

Macam dalam situasi Cik Anis, EBS banyak bagi kerjasama dalam merapatkan Cik Anis dengan FMIL sebab dia suka mengusik Cik Anis bila mana Cik Anis berkunjung ke rumah family EBS. Sebagai balasan, Cik Anis usik EBS bila FMIL mula nak kenakan EBS. Kira berpakat dengan FMIL la kan. Hehe. Part ni paling seronok la sebab boleh hentam EBS dengan sokongan FMIL. Haha.





5. Bawa jalan-jalan

FMIL kan seorang suri rumah, masa dia pun banyak habis dekat rumah je la kan. Cara lain nak pikat hati FMIL ni adalah dengan bawa dia keluar jalan-jalan. Hehe.


Seronok bila dapat tengok muka FMIL Cik Anis excited nak keluar dengan Cik Anis dan EBS. Waktu ni kami pergi survey barang hantaran sama-sama. Cik Anis pun excited kot. Da la keluar dengan FMIL, pergi survey barang hantaran pulak tu. Hehe. [entry]





6. Ringan tulang

Yang ni penting juga ni. Kalau nak markah lebih kan, ringan-ringan kan tulang bila datang rumah family bakal suami ye. Tak dapat tolong banyak, tolong la sikit-sikit. Asalkan tak nampak kita datang ni sebagai tetamu semata-mata. Kata nak jadi sebahagian daripada keluarga bakal suami kan, so ambil la bahagian bila FMIL tengah buat kerja ke, kita tolong la apa yang patut.


Macam sepanjang Cik Anis pernah datang rumah EBS, memang takde banyak kerja pun nak ditolong. Kerja paling senang je sekadar basuh pinggan. Haha. Tu pun mak EBS dok ulang banyak kali, tak payah basuh la tinggal je kat sinki tu. Tapi agak-agak la kan. Setakat basuh pinggan apa la sangat. Hehe.





7. Surprise

Cik Anis suka bagi kejutan pada orang. Selalunya EBS la. Tapi kalau buat pada FMIL pun seronok juga. Macam lawatan mengejut Cik Anis dalam entry ini


Cik Anis datang tiba-tiba. FMIL Cik Anis masa tu tengah sibuk varnish bakul DIY untuk majlis kak ngah EBS. Terus FMIL pot pet kat Cik Anis sebab datang tak btau dulu. Haha. Cik Anis pun selamba je la menjawab: "Alaa makcik, saya nak surprisekan makcik." Cool kan? Haha. 


Sebab FMIL da kelam kabut waktu Cik Anis sampai tu, sampai lupa nak bersalam-salaman sebab FMIL terus pot pet kat Cik Anis. Terus Cik Anis mencelah, "Mak Cik, salam la dulu." Cool kan? Haha. Lepas tu memang lebih pada gelak-gelak je la. Hehe.





8. Keluar berdua

Ada berani nak buat ni? Haha. Cik Anis pernah keluar berdua je dengan FMIL Cik Anis. Alaa bukan pergi jauh pun. Cuma pergi kedai depan jalan utama kawasan perumahan EBS je. Lepas tu jemput adik EBS balik sekolah. Tu je. Hehe. 


Tapi bila keluar berdua ni la boleh merapatkan lagi Cik Anis dengan FMIL sebab kami borak-borak berdua je sepanjang perjalanan tu. Feeling borak berdua tanpa orang lain dengar adalah berbeza. Boleh membantu merapatkan hubungan dengan FMIL juga. Hehe.


Sekarang pula Cik Anis tengah cari masa yang sesuai nak keluar berdua dengan kak ngah EBS pula. Lagi-lagi sebelum beliau jadi isteri orang lepas ni. Harap-harap ada la kesempatan. Cik Anis tak nak hampakan permintaan kak ngah EBS. Huhu.





9. Cari point nak borak

Cik Anis kan pendiam, jadi kena pandai cari point untuk hidupkan suasana. Macam sekarang ni senang la sebab point asal jumpa je memang pasal wed prep la kan. Masuk cerita wed prep ni satu hari pun tak habis. Hehe. Lagi-lagi sekarang family EBS tengah sibuk dengan wed prep untuk kak ngah EBS, so point untuk borak pasal wed prep ni memang tak habis la.


Tapi tak la setiap kali borak sibuk tanya pasal wed prep je kan. Kena ambil tahu juga tentang family members yang lain. Tanya la juga perkembangan adik-beradik bakal suami juga. Kata nak masuk dalam family bakal suami kan. Hehe.





10. Buat anak dia bahagia ^_^

Ibu mana tak bahagia bila anaknya bahagia. Betul tak? Jadinya bahagiakan anak beliau. Secara automatik hati FMIL pun terpikat. Hehe.



***********************************************


Rasanya ni je la kot tips yang Cik Anis ada. Ni apa yang Cik Anis buat la. Lain orang lain caranya nak pikat hati FMIL. Kalau FMIL seorang wanita bekerjaya mungkin caranya berbeza sikit kan. Kalau FMIL seorang pendiam pun cara nak pikat hatinya mungkin berbeza juga. Apa-apa pun terpulang pada b2b macam mana nak pikat hati FMIL anda. Nak jadi menantu kesayangan kena la pandai pikat hati FMIL. Takkan nak pikat hati bakal suami seorang je kan. Hehe.


7 comments:

Miss Sunshine said...

Sukelah baca tips ni... Tetiba terikat kat FMIL... Dulu takut sangat sebab dialek berbeza... huhu. Kesian kat FMIL nak cakap bahasa standard.. tapi sekarang dah ok.. Kitorang dah boleh calling2, SMS.. kelakar je kalau ingat.. ^_^

cik anis said...

hehe..awal2 mesti malu2 dan kekok kan..tp da lama2 mesti boleh jadi geng.. ;)

K.I.N.A said...

COOL!!! tq anis..hehe..terus copy link bagi tunang kina gak..hehe..

banyak persamaan..bakal mak mertua kina pun suri rumah..hehe..

tq anis! syg byk2 kali!hehe..nanti nak share kat facebook!

^__^

anaztasias nora aira said...

heheheh thanks for sharing tips yang bagus :)

cik anis said...

kina:

ur welcome dear..

syg kina banyak2 jugak la..hehe



nora:

ur welcome dear.. ;)

zimie said...

anis, memula memang kekok.sampai skrg pun kekok tau.macam segan2 je.takde point nak cakap ape.rasa macam 'apelah yang FMIL fikir pasal aku ye'.dulu rajin gak sms.ni macam dah stop sekejap.cuma kadang2 wish birthday dengan mother's day jela.tapi macam tak cukup je usaha yang dilakukan.huhuh

btw thanks tau anis bagi tips.best lah anis dpt FMIL yang ngam ni. ;)

cik anis said...

zimie:

its ok dear. slow2 ek. ada certain org kena ambil masa jgk nak serasi dgn FMIL. nanti lama2 insyaAllah zimie pn leh rapat sgt2 dgn FMIL zimie. yg pntg usaha, jgn fikir nk tunjuk perfect sgt. setiap org ada kelemahan sendiri kan? goodluck zimie!


^_^