May 17, 2011

teether untuk Muhammad

Salam.


Update tengah malam untuk cerita babysitter. Hehe.


Tadi Cik Anis keluar ke bandar sekejap dengan adik Cik Anis. Teman dia nak beli barang-barang untuk buat persiapan nak sambung study. Lepas tu Cik Anis ajak la adik Cik Anis ke bahagian barangan bayi dekat dalam Pacific sebab nak belikan Muhammad teether.


Cik Anis kasihan dengan Muhammad sebab gusi dia da gatal nak tumbuh gigi kan. Semua benda yang dia dapat capai dia nak gigit. Risau juga la kalau dia gigit bukan-bukan kan. So Cik Anis carikan Muhammad teether. Lepas ni bagi Muhammad gigit teether je la. Hehe.




Teether Disney Lion King untuk Muhammad.
Murah je ni cuma RM5.
Nak beli mahal-mahal Cik Anis tak mampu la Muhammad. Hehe.






Entry ini diakhiri dengan dua keping gambar baru Muhammad.





Port kesukaan Muhammad.
Asal merangkak je mesti dia nak mencapai segala barang yang ada dekat bawah tv tu.





Muhammad lena atas riba Cik Anis lepas puas mengamuk Isnin lepas.
Pejam celik tinggal dua minggu je lagi tugas Cik Anis sebagai babysitter Muhammad.
Tak jumpa dua hari pun da rindu sangat inikan pula bila da tak jadi babysitter Muhammad nanti. Huhu.


No comments: