May 11, 2011

sweet escape

Salam.


LEGA!!!


Tu je yang mampu Cik Anis ekspresikan saat entry ini ditaip. Tindakan menghilangkan diri sekejap hari rabu ni memang sangat berbaloi. Bebanan stress dalam kepala ni pun rasa kurang sikit. Syukur sangat.


Cik Anis cari alternatif sendiri untuk kurangkan stress Cik Anis.




Apa yang Cik Anis buat?







Shopping?


Nolie kata shopping terapi terbaik. Alaa. Sekarang ni kena menyimpan la dear. Tak boleh la nak menyopping sangat. Hehe. Tapi shopping barang majlis Cik Anis laju je. Hehe.








Tidur?


Tak mungkin la. Rugi kot da dapat cuti sehari dari jadi pengasuh Muhammad lepas tu nak tidur je kan. Sangat tak produktif.








Makan sampai lebam?


Lagi la tak mungkin. Kena maintain badan sekarang ni. Karang dekat majlis takde la terkial-kial nak diet. Hehe.








Mandi-manda dekat pantai?


Huuuu. Bukan favourite Cik Anis la mandi-manda tempat terbuka camni. Kalau pergi pantai pun selalunya Cik Anis duduk tepi pantai je la. Takde mandi-mandi.






Tapi hari ni bukan tu semua yang Cik Anis buat. Cik Anis buat sesuatu yang lebih berharga dari semua aktiviti kat atas ni.


^_^




The sweet escape




Plan yang tak berapa menjadi. Pagi rabu Cik Anis keluar breakfast dengan EBS. Jemput dia dekat tempat kerja lepas tu terus berdesup pergi makan. Nak dijadikan cerita EBS tanya Cik Anis lepas breakfast nak pergi mana, Cik Anis taknak btau dia plan dalam kepala Cik Anis ni. Degil. Kena paksa btau pun Cik Anis tak nak btau. Haha.


Sekali EBS ambil kunci kereta tak nak bagi Cik Anis drive. Alolo. Yela btau la. Huhu.


Sebenarnya Cik Anis plan nak ke Yong Peng sendirian pagi tu. Nak jumpa dan manja-manja dengan FMIL Cik Anis. Hehe. FMIL Cik Anis surirumah jadi confirm la pagi-pagi camni takde orang lain teman dia dekat rumah kan. Tu sebab Cik Anis nak ke sana. Nak berdua-duaan dengan mak EBS. Hehe.


Tapi EBS pulak nak ikut balik. Huhu. Nak kacau daun la tu. Hehe. Nak tak nak angkut la EBS balik sekali. Tapi nasib baik sepanjang dekat rumah EBS, dia tak kacau Cik Anis dan FMIL buat sesi luahan perasaan. Huhu. Malu la kalau EBS dengar.


Sekarang ni Alhamdulillah. Rasa lapang sangat. Benda yang Cik Anis nak dengar dari FMIL Cik Anis, Cik Anis da dapat dengar. Apa dia biarlah rahsia. Tapi apa yang mak EBS cakapkan tu la yang buat Cik Anis rasa Cik Anis boleh handle stress Cik Anis sekarang ni.


Kata-kata yang terluah dari mulut kedua-dua wanita [emak Cik Anis dan FMIL] yang Cik Anis sangat hormat adalah sangat penting buat Cik Anis. Takde la rasa kita dengar dari satu pihak je kan. Sekarang ni Cik Anis da dapat kata-kata dari keluarga Cik Anis dan keluarga EBS. Baru la rasa boleh handle stress dengan tenang. Alhamdulillah.





Berdoa semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan.

Ameen.


^_^



4 comments:

nolie said...

x berjaya nampaknya pengaruh cik anis shopping hehe.. Apepun nolie tumpang happy sbb stress cik anis dah kurang. X mau stress lg yek =)

anis said...

hehe..skrg x berjaya la tp lepas ni kalo nolie suro shopping memang anis terpengaruh kot.. ;)


thanks ek nolie..biasa la bila bnyk pk pasal wed prep ni kdg2 stress jgk..hehe

nolyndila said...

yup btl tu kata cik nolie..shopping blh melegakan stress...
tapi dila kalau x stress pn shopping jgk..huhuhuuu

cik anis said...

dila:

ala anis pun selalu shopping jugak xkira la stress ke x..cuma skrg ni kena la jimat sikit untuk wed prep pulak..hehe