May 06, 2011

Sederhana tapi bermakna

Salam.


Semalam ulang tahun kelahiran EBS yang ke-28 kan, semalam juga Alhamdulillah Cik Anis buat pertama kalinya sambut birthday EBS. Hehe. 


Takde la candle light dinner ke apa. Sambutan biasa-biasa je. Nama pun baru pertama kali nak sambut bersama kan. Ecehh. ;p


Kalau ikutkan EBS siap plan nak minta cuti semalam dan hari ni semata-mata sebab nak memanjakan diri dia. Yela birthday boy kan. Konon nak bermalas-malasan. Nak ajak Cik Anis keluar. Tapi apakan daya, Cik Anis sekarang ni kan jadi babysitter kepada Muhammad, memang takde la nak keluar ke mana-mana. So plan EBS nak cuti pun dibatalkan je. Maaf ye EBS.


Sebab Cik Anis rasa serba salah sikit. Yela EBS siap plan nak minta cuti kerja untuk celebrate birthday dia kan. Tapi Cik Anis pula memang tak boleh nak luang masa kat luar dengan dia. Jadinya untuk tak buat EBS sedih, Cik Anis ajak EBS datang rumah je la. Celebrate birthday EBS dekat rumah Cik Anis dengan family Cik Anis sekali. Hehe.







Terjah kedai kek malam rabu semata-mata untuk gembirakan EBS

Tak perlu secret recipe pun sebab yang nak makan cuma berapa orang je kan. Kek biasa-biasa pun sedap juga. Cik Anis pilih kek mangga. Sedap gila!

^_^



Cik Anis jemput EBS datang waktu lunch break. Sambut dengan makan tengah hari je. Lauk-pauk kampung. Hehe. Tapi agak terkilan sikit sebab Cik Anis tak dapat libatkan diri secara sepenuhnya dalam persiapan masak-memasak hidangan untuk EBS ni. Huhu. Yela, Muhammad tu dengan Cik Anis manja terlebih sikit. Nak berkepit lebih dengan Cik Anis berbanding dengan adik Cik Anis. Nasib baik mak dan adik Cik Anis sudi tolong Cik Anis dalam buat persiapan untuk celebrate birthday EBS ni. Terima kasih tak terhingga buat family Cik Anis!





Antara lauk-pauk yang Cik Anis hidangkan untuk EBS:



Sotong celup tepung yang tak berapa menjadi. Hehe.




Sawi jepun masak sos tiram




Ikan bawal masam manis





Asam pedas


Tiada dalam gambar adalah sup daging. Tu je la kot lauk-pauk yang menjadi santapan EBS tengah hari semalam. Hehe.





Cik Anis keluarkan kek tu lepas selesai makan nasi. Kira macam pencuci mulut la kan. Tengok reaksi EBS nampak Cik Anis bawa kek ke meja makan tu sweet gila. Haha. EBS malu-malu gitu bila ada yang sambut birthday dia sampai macam tu sekali. Hehe.


EBS layan kan je la Cik Anis ni. Nak buat macam mana kan, EBS kan da cukup dewasa nak sambut-sambut birthday dengan kek ni, tapi nasib la, da bakal isteri dia ni tak dewasa lagi. Haha. [bak kata dia la. ;p ]


Sambutan birthday ni mungkin tak sehebat orang lain tapi takpe la yang penting Cik Anis dapat gembirakan EBS pada hari istimewa dia. Dapat luang masa sekejap dengan EBS pada birthday dia pun da cukup buat EBS happy, apatah lagi Cik Anis. Hehe.


Last sekali, meh tepek sekeping gambar birthday boy dengan kek birthday dia. Hehe.


2 comments:

yana aka heart^bee said...

bersama org tersayang.. sambutan kecik2 pun jadik sweet..


http://fars-zone.blogspot.com/

anis said...

yup betul tu..
sambut kt mana2 pn xde hal..
asal dpt spent masa sama2..

^_^