May 27, 2011

pakatan pinggan mangkuk??

Rentetan daripada operasi mengosongkan wardrobe Cik Anis hari tu.



Cik Anis kemas la bahagian letak lampu untuk meja solek Cik Anis. Well, takde lampu pun dalam tu. Nama bahagian je la untuk lampu. Hehe. Yang ada dalam bahagian tu adalah al-Quran lama. Lama sangat da rasanya al-Quran ni sebab da agak lunyai dan uzur keadaannya. Mungkin al-Quran arwah datuk Cik Anis. Selain itu ada juga buku-buku lama. Rasanya semua dalam tu milik arwah datuk Cik Anis la. Sebab Cik Anis memang tak pernah sentuh bahagian ni dari kecik lagi kot. Huhu.






Dalam pada kemas-kemas dekat bahagian tu Cik Anis terjumpa la satu surat ni. Rasa macam nak bedah surat ni jap. Hehe. (agaknya ni la sebab ambil masa sampai 3 jam nak kosongkan wardrobe tu kot. sibuk nak bergambar je. hehe)



Arwah datuk Cik Anis. Pejam celik pejam celik da dekat 15 tahun arwah datuk pergi. Al-fatihah untuk arwah.




Bahagian dalam sampul ni masih ada surat lagi. Hahh lagi la curious Cik Anis kita ni nak tahu apa isinya. Hehe. Cik Anis baca tajuk surat ni. Uiksss.. *terkesima* *macam nak gelak* *biar betik*





nampak tak?

mehh Cik Anis zoom bagi jelas.




nampak tak? nampak tak? hehe.



Tajuk surat ni adalah PENYUSUNAN SEMULA PAKATAN PINGAN MANGKUK


Pingan tu typing error tu. Sebenarnya Pinggan.


WOW! Ada rupanya pakatan pinggan mangkuk ek. Da macam bunyi pakatan parti pembangkang pulak. Hehe.



Sebenarnya kawasan perumahan Cik Anis ni sangat mementingkan amalan gotong-royong atau rewang. Selalunya bila ada apa-apa majlis yang akan berlangsung dalam kawasan perumahan Cik Anis ni, penduduk kampung akan bawa pinggan mangkuk dari rumah masing-masing bagi mencukupkan jumlah pinggan mangkuk yang nak digunakan dalam sesuatu majlis. Mungkin itu sebabnya wujud nama pakatan pinggan mangkuk ni kot. Hehe. Tapi sekarang takde da. Sekarang bila ada majlis, urusetia beli pinggan pakai buang je. Lebih senang. Tapi bab masak masih gotong-royong ramai-ramai. Teringat pula sambutan hari raya tahun lepas. Hehe.




Arwah datuk Cik Anis ni dulu antara orang kuat persatuan penduduk kawasan perumahan Cik Anis ni. Tu sebab arwah dapat surat jemputan ni. 




Tu je cerita Cik Anis dalam entry ni. Entry entah apa-apa je. Hehe.




p/s: surat ni bertarikh 31 Oktober 1992 kira-kira 19 tahun yang lalu. Surat ni sebaya dengan adik perempuan Cik Anis. Huhu.

2 comments:

Adawiyah A.Halim said...

HAHAHAHAH....leh gelak je...hahahaha

UyaRayza said...

klaka la hehehe..nice one..ye2 baca title kan hehehe..rupenye surat atok hehe