May 26, 2011

menjaga nilai eksklusif

Salam.


Awal bulan Jun nanti insyaAllah kak ngah EBS akan melangsungkan pernikahannya. Cik Anis yang memegang title bakal ahli keluarga EBS ni telah pun menerima undangan daripada kak ngah EBS supaya dimestikan ada pada malam beliau nikah dan majlis resepsi keesokkan harinya. 


Cik Anis memang la seronok bila dapat jemputan camni kan. Lebih-lebih lagi bila dapat bagi sumbangan tenaga dan masa untuk majlis kak ngah EBS ni. Nanti majlis kami, kak ngah dan suami pula sumbang tenaga. Kira tolong-menolong la kan. Hehe.


Tapi Cik Anis dalam dilema sikit. Huhu.


Akad nikah kak ngah akan berlangsung waktu malam. Kak ngah siap request Cik Anis kena tidur yong peng malam kak ngah nikah tu. Cik Anis tak bagi jawapan pun lagi. Serba salah sebenarnya. Huhu.


Hari tu Cik Anis borak dengan mak Cik Anis pasal kak ngah EBS nak menikah ni. Pastu Cik Anis cakap kat mak yang Cik Anis akan ke yong peng pagi majlis resepsi tu dan stay sampai petang. Cik Anis tak cakap pun la pasal kak ngah suruh tidur sana tu.


Mak Cik Anis keberatan nak bagi Cik Anis stay sana lama-lama. Mak Cik Anis kata belum apa-apa lagi tak payah la tunjuk muka sangat dekat saudara mara EBS. Nanti masa nikah da tak surprise. Aaaaa...


Sekarang Cik Anis rasa tersepit dan serba salah. Apa yang mak Cik Anis kata tu betul juga sebab dalam fasa bertunang ni kena la jaga ke-eksklusif-an sebagai tunang kan. Tak boleh nak menonjol sangat lebih-lebih lagi pada saudara mara EBS. Tapi dalam masa yang sama Cik Anis nak sangat melibatkan diri dalam persiapan majlis kak ngah EBS ni. 


Nak stay satu hari masa hari majlis resepsi pun mak Cik Anis da keberatan nak bagi Cik Anis pergi inikan kalau Cik Anis cakap nak tidur sana kan. Memang lagi la tak boleh. Cik Anis pun segan nak tidur sana sebab EBS ramai adik-beradik lelaki. Malu la. Huhu. 


Kalau nak ulang-alik Kluang-Yong Peng malam majlis nikah tu pun tak mungkin la. Cik Anis kan rabun malam. Mana nampak jalan nak drive tengah malam tu kan. Huhu.


Mungkin terpaksa kecewakan kak ngah EBS dengan tidak menghadirkan diri di malam pernikahan beliau. Tapi insyaAllah Cik Anis akan sumbangkan tenaga dan masa waktu majlis resepsi nanti. Tak dapat tolong banyak, dapat tolong sikit pun memadai kan? ^_^









p/s: Waktu bakal biras Cik Anis datang Yong Peng hari tu pun kak ngah EBS, EBS dan bakal biras Cik Anis da ajak Cik Anis bermalam kat sana. Mujur masih ada kekuatan untuk menolak. Harap boleh kekalkan nilai eksklusif sebagai tunang sehingga hari kami bernikah nanti.




4 comments:

UyaRayza said...

i slalu p kluang hehehe

cik anis said...

next time datang boleh jumpa.. ;)

nedy abrahaman said...

hehehe suke suke suke! kite mmg sangat eksklusif dan itulah yg terbaikkkkk. =)

cik anis said...

yeay! twin i suke jugak..hehe ;)