May 10, 2011

menghilangkan diri

Salam.


Esok Cik Anis minta cuti daripada jadi pengasuh kepada Muhammad. Tak sampai hati sebenarnya tapi terpaksa. Huhu.


Esok adik Cik Anis ada interview kerja di JB. Mak ayah Cik Anis pergi hantar dia. So Cik Anis agak tak berani nak jaga Muhammad sendiri dekat rumah. Susah tu. Mana nak perhatikan dia, mana nak panaskan susu dia. Takut tak terjaga je nanti. Jadi terpaksa la Cik Anis mohon pelepasan satu hari dari jaga Muhammad. Nasib baik ibu Muhammad tak kisah.


Rasanya esok Cik Anis tak ikut pergi hantar adik Cik Anis interview pun. Cuma Cik Anis nak merehatkan diri dan minda dengan menghilangkan diri sekejap. Bulan mei ni Cik Anis agak stress. Macam-macam benda nak kena fikir. Benda yang tak payah fikir pun nak fikir juga. Sudahnya kepala ni macam berat gila kena hempap dengan konkrit 1 tan. Haha. [ketawa nak sedapkan hati sendiri]


Nak kemana tu takde kepastian lagi tapi rasanya dalam johor je la kan. Hilang pagi, petang muncul kembali. Nak cari nafas dekat tempat lain pula. Harap dapat kurangkan sikit stress Cik Anis ni.







p/s: Nak ke mana ye dalam masa satu hari. Hurm~ Nak fikir ni karang stress jugak. Haha.


2 comments:

nolie said...

shopping terapi terbaikk hehe

anis said...

sedang menyimpan la nolie..tp kalo shopping brg kawen laju je..hehe