May 02, 2011

majlis resepsi aya




Salam.


Sekarang da masuk bulan 5 2011 pun. Rasa sekejap sangat masa bergerak kan.


Cerita DIY Cik Anis pun tak buka-buka lagi. Hehe.


Sabar....


Sampai masa nanti Cik Anis kongsi cerita DIY ek. Buat masa sekarang memang enjin DIY tak berapa nak panas lagi. Tak tahu la bila nya nak start. Huhu.


Ok, kita skip bab cerita Cik Anis. Entry kali ni Cik Anis nak share pengalaman Cik Anis pertama kali ke jemputan walimah blogger. Hehe.


Semalam, 1 mei 2011 adalah majlis resepsi atau senang cerita majlis sambut menantu la kan untuk belah husband Aya the pansy princess. b2b mesti kenal ngan aya kan.


Sebab kan majlis nya dekat Kluang, maka Cik Anis berbesar hati la minta alamat dari Aya sebab nak datang majlis beliau. Hehe. Nasib baik Aya layan je permintaan Cik Anis ni. ^_^


Mula-mula macam segan juga sebab tak pernah bertegur sangat pun dalam dunia blog ni tiba-tiba nak jumpa berdepan pulak kan. Hahh kan da sampai-sampai depan Aya je dia tak kenal pun Cik Anis siapa. Haha. Sori Aya, nak tegur sebelum berarak tu macam tak kena masa pulak sebab Aya tengah cakap kat phone. Tengok-tengok Aya terus nak ready berarak da. Sudahnya Cik Anis pun join je belakang rombongan Aya. Hehe.


Tapi nasib baik masa Aya tengah makan sempat juga Cik Anis datang tegur Aya kn kn? Hehe.


Nasib baik Aya teka nama Cik Anis dengan tepat. Suka. Suka. Hehe.


OMG! Aya ni kecik molek je orangnya. Cik Anis tengok dalam blog rasa macam lebih kurang tinggi Cik Anis, rupanya Aya ni lagi comel dari sangkaan. Hehe.


Tak banyak pun gambar yang Cik Anis ambik tapi ada la sikit untuk buat kenangan. Hehe.




Sesi potong kek. Cumel ok kek Aya.






Zoom kek. Cik Anis suka pula tengok cake tier tu. Cumel!





And lastly,



Tuan blog bersama pengantin. Hehe.



Aya dan purple memang tak boleh dipisahkan. Walaupun baju Aya baby blue, tapi yang lain-lain semuanya purple. Da la tema belah Cik Anis nanti pun purple juga. Hehe. Sangat suka la tengok purple di mana-mana ni.


Buat Aya dan suami, semoga berbahagia sentiasa.

Terima kasih sudi jemput Cik Anis.


Nanti majlis Cik Anis, Cik Anis jemput kalian lak. Hehe.


^_^





2 comments:

Aya said...

sorry, lame sgt x blogging.. nk menyinggah pun slalu x sempat. thanks dtg hrtue. sorry sbb x prsn ms awal2 smpi, tgh dok kalut2. thanks again ye. smg persiapan anis berjalan lancar :)

cik anis said...

ur welcome aya!!
ala takpe..lagi pun hari tu 1st time nk jmp ngan aya mestilah tak berapa cam muka anis kan..thanks tau sudi jemput anis.. ^_^