May 10, 2011

lime green and cream

Salam.


Hari tu, waktu Cik Anis dan EBS keluar dengan mak EBS ke kedai barang hantaran tu kan, waktu tengok-tengok design hantaran kat kedai tu kami bincang la juga pasal warna hantaran kami. Cik Anis cakap kat EBS nanti hantaran perempuan bagi lelaki buat warna purple-white, sebab tema majlis rumah Cik Anis kan purple-white. Hehe. Pastu hantaran lelaki bagi perempuan buat lime green-cream tau. Yang ni Cik Anis saja cadangkan pada EBS sebab hijau adalah antara warna kegemaran Cik Anis juga. Da macam gila kuasa pulak bila semua warna nak ikut selera Cik Anis. Opss bridezilla mode da on kot. Haha.



Waktu Cik Anis cakap suruh EBS buat hantaran warna tu mula-mula EBS kata nanti nampak macam orang P*S la pulak. Haha. Cik Anis pun cakap la bukan buat hijau yang tu la. Tapi hijau epal. Comel. Lepas tu EBS pun terbayang-bayangkan warna tu then dia pun kata ok jugak. Cantik. Nampak fresh. Yess! Idea Cik Anis diterima. Haha.



Cerita pasal warna hantaran tu terhenti kat situ je la. Sebab Cik Anis memang nak bagi cadangan pada idea hantaran tu je. Sebab bila hantaran dua-dua belah pihak dihimpunkan sekali waktu nikah nanti baru la nampak naik seri kan. Purple-lime green jadinya. Wah tak sabar nak tunggu jadi kenyataan. ^_^






:: bila purple dan hijau bersatu, kau milikku ::
motip ayat macam lagu pulangkan apehal? haha




Sekali waktu kami belek-belek majalah pengantin beberapa hari lepas kejadian tu, kalau tak silap petang Cik Anis habis 2nd stage interview tu kot, sekali EBS tunjuk idea pelamin double warna hijau putih la pulak. Laa..rupanya EBS ambil terus warna lime green-cream tu sebagai warna tema untuk majlis bertandang kami nanti. Hihi. Cik Anis ok je la. Sebab warna tu kan warna kegemaran Cik Anis juga.



Pelamin double tu sebab majlis bertandang nanti akan dibuat sekali dengan adik lelaki EBS yang nak menikah tahun ni jugak. Jadi EBS pilih pelamin double terus. Kebetulan pula, hijau juga merupakan warna kegemaran adik lelaki EBS ni, cantik sangat la tu. Ahad lepas pun EBS tunjuk idea pelamin tu pada adik lelaki dia. Adik EBS pun ok je sebab warna tu warna kegemaran dia kan. Jadinya dua-dua tak kisah nak guna tema hijau untuk side diorang.



Jadinya warna tema untuk majlis tandang kami nanti da diputuskan iaitu LIME GREEN-CREAM ^_^




:: suka ::



^_^




No comments: