May 19, 2011

kad jemputan walimah mini

Salam.


Hari tu Cik Anis blogwalking ke blog-blog b2b dan tersampai la ke blog Miss Sunshine. 


Ada satu entry yang menarik hati Cik Anis untuk berkongsi dalam blog Cik Anis juga. Hehe.



Selalunya kad jemputan walimah adalah berbentuk kad la kan. Err maksud Cik Anis style yang lipat dua atau lipat tiga atau yang tak berlipat ke. Hah yang macam kad standard tu la kan.



Kalau nak buat kelainan pun mungkin dari segi design sendiri atau guna cover depan yang unik sikit ke macam homepage fb atau google dan sebagainya.


Tapi ada satu lagi kelainan yang kita boleh buat. 



Apa kata buat kad jemputan style namecard atau credit card? Hehe.


Macam gambar bawah ni:





Smart kan?


Serius Cik Anis rasa idea ni sangat unik dan lain dari yang lain.


Cik Anis macam berminat juga nak buat macam design ni tapi bukan untuk bagi pada semua jemputan la. Mungkin untuk kawan rapat dan saudara mara je ke. Sebab tak banyak detail yang boleh kita letak dengan ruang yang amat terhad ni.


Tapi yang penting, kad macam ni boleh lagi di simpan sebagai kenangan. Letak dalam wallet macam kita simpan name card kawan-kawan ke kan.


Mungkin akan buat juga. Hehe.


Suka gila idea ni!!!




p/s: Siapa nak cepat btau. Nak buat sikit je ni. Haha



2 comments:

en.kayrul dn cik nadua said...

nak!nak!nak!

cik anis said...

nadua:

wah..cpt sungguh..hehe..okeh nanti kalau anis buat anis bagi nadua satu ek.. ;)