May 29, 2011

jemputan walimah b2b: nolie

Salam.


Semalam Cik Anis dan EBS berkesempatan ke jemputan walimah b2b johor, Nolie dan pasangannya Fir. Yeay! Dapat jumpa Nolie depan mata. Hehe.


Kami gerak dari Kluang dalam pukul 12 camtu. Sebelum ke rumah Nolie, singgah Uitm Larkin dulu sebab nak menghantar barang-barang adik Cik Anis. Lepas tu baru menuju ke rumah Nolie.


Sebenarnya Cik Anis dengan EBS tak expert langsung jalan JB. Memang waktu nak ke rumah Nolie tu kira main redah je la. Berpandukan peta pada kad jemputan dan berpandukan pada google maps. Nasib tak sesat. Hehe.


Sampai rumah Nolie dalam pukul 2.15 macam tu, da dekat waktu Nolie nak sanding. So Cik Anis dengan EBS makan-makan dulu sementara tunggu rombongan Fir sampai. Owh kami duduk betul-betul dekat belakang Fir waktu beliau tengah tengok orang bersilat. Hehe.






Gambar 1st yang Cik Anis ambil. Masa ni nak tegur Nolie tapi Cik Anis malu-malu. Ambil gambar pun dari jauh je. Hehe.







Fir dan Nolie.

Maroon ni sangat cantik.

^_^



Lepas EBS push suruh Cik Anis pergi tegur Nolie, makanya Cik Anis pun datang la dekat dengan Nolie. Yeay! Nolie cam Cik Anis. Hehe.

Make-up Nolie sangat cantik. Suka tengok bulu mata Nolie. Cik Anis pulak yang kelip-kelip mata macam sendiri yang pakai bulu mata lentik tu. Haha.





Sebelum bergerak kita ambil satu gambar dulu. Yang sebelah Cik Anis tu adalah adik bongsu EBS yang ikut kami sekali.





Dapat dua doorgift.

Yummy!





Kek kukus ni sangat sedap. Bila gigit tu terasa lagi dia punya moist tu. Aaaa tak tahu la nak describe macam mana tapi sangat sedap dan teksturnya sangat best.



Ok ni je gambar yang sempat Cik Anis ambil sepanjang berada dekat majlis Nolie. Kita tunggu Nolie update blog pulak untuk tengok banyak-banyak gambar ek.



Buat Nolie dan Fir,
Selamat Pengantin Baru.
Semoga hubungan yang terbina ini diberkati Allah sentiasa.
Kekal bahagia hingga ke syurga.
Barakallah!!


Majlis Cik Anis dan EBS nanti mesti jemput kalian. Hehe.


Till then..daaa~


No comments: