May 05, 2011

happy birthday!!!

Salam Khamis semua. 



Hati berbunga je hari ni. Hihi.



Cehh hati berbunga mengalahkan orang yang sepatutnya. Haha. Sebenarnya hari ni 5hb Mei 2011 merupakan ulang tahun kelahiran siapa lagi kalau bukan EBS kiterrrr.. ^_^





EBS selalu perasan umur dia baru 18 tahun. Kita layan kan je la. Haha.



Yang sebenarnya....





EBS da 28 tahun pun tahun ni. Alhamdulillah.




Buat EBS,
Happy Birthday!!!
Selamat Ulangtahun Kelahiran!!!
Semoga panjang umur!!!
Semoga murah rezeki!!!
Semoga menjadi seorang suami soleh!!! (;p)
Semoga hidup sentiasa di bawah keberkatan dan perlindungan Allah..ameen




Celebrate??


Hehe. Tiada kepastian. Tunggu je la kot ada entry berbangkit selepas ni bererti ada la sambutannya. Hehe. Cik Anis takde pengalaman sambut birthday EBS jadinya Cik Anis tak berapa tahu apa yang EBS suka. Huhu.




Small gift dalam entry lepas adalah untuk EBS. Tapi bukan la Cik Anis baru nak bagi beliau hari ni. Hadiah tu Cik Anis da bagi lebih awal. Kira-kira sebulan yang lepas. Haha. Semangat sangat la nak bagi hadiah kan. Cik Anis rasa untuk birthday EBS je da dua hadiah Cik Anis bagi. Yang pertama dulu kononnya bagi sebagai early birthday gift la. Kira bila sampai tarikh birthday tak payah bagi lagi tapi tengok-tengok dapat pulak lagi 1 ye EBS. Rezeki dia. Hehe.





Cik Anis bagi hadiah biasa-biasa je. Serius. Takde la hadiah mewah. Namanya pun belum bekerja kan. =.='







Luaran hadiah EBS. Rasanya da boleh agak kot apa ni kan. Hehe.







Casio watch for him. ^_^






Cik Anis belikan design jam yang hampir sama dengan jam tangan EBS yang hilang ni. Tapi EBS punya ni lagi mahal la. Tak mampu la Cik Anis nak beli yang sama harga macam ni. Huhu.





Cik Anis bagi hadiah ni terlebih awal sebab hari tu EBS ngadu kat Cik Anis jam tangan beliau tertinggal kat surau pejabat waktu nak ambil wudhuk untuk solat jumaat. Balik dari masjid tengok-tengok jam tu da takde. Mula-mula Cik Anis sekadar simpati je la. Yela nak belikan yang baru waktu tu rasa macam baik tunggu nak nikah nanti je kan. Beli jam untuk letak kat hantaran. 



Tapi hari tu adik bongsu Cik Anis ajak teman ke kedai jam sebab nak beli bateri. Cik Anis pula gatal mata pergi ushar jam tangan kat situ. Huhu. Bila da ushar terus terberkenan pulak. ATM machine pula sebelah kedai jam tu je kan. Memang tergoda la nak membelinya. Makanya, EBS dapat la jam tangan baru. ^_^



Waktu EBS buka hadiah tu pun beliau macam tak puas hati kenapa bagi jam tangan sekarang. Bagi la waktu nikah nanti. Huhu. Siap nak simpan suruh letak kat hantaran je pulak hadiah tu. Tapi takpe la. Untuk hantaran kita beli lain je la EBS eh. Hee.




So buat EBS, Happy Birthday dear!!!




p/s: Rasa macam nak beli juga satu jam tangan untuk diri sendiri lepas ni. Hehe. Tak pun mintak EBS belanja je kan. Haha.

2 comments:

♥ Kasut Pink ♥ said...

Hepi besday untuk EBS kamu. Moga terus berbhagia berdua k.. EBS ngan saya sebayalah..

anis said...

thanks kasut pink!!!
ameen..ameen.. :)