May 03, 2011

bila hanya mampu risau dari jauh


Salam.


Pagi semalam Cik Anis dapat berita dari EBS.


Dia tak berapa sihat. Entah kenapa boleh pitam dalam bilik air waktu nak siap-siap untuk solat subuh.


Cik Anis da risau da tau. Sebab EBS ni ada low blood pressure. Takut penyakit lama dia datang semula.


Teringat dulu waktu di awal waktu kami mula rapat, EBS pernah pitam waktu tengah chatting dengan Cik Anis tengah-tengah malam. Huhu. Da la handphone EBS da di set kan akan terpadam bila tepat jam 12 tengah malam. Bila Cik Anis sms dan try nak call dia pun memang tak dapat la kan.


Susah hati sangat masa tu sebab tiba-tiba sangat EBS hilang. Tapi dalam pukul 2 pagi camtu baru dia tersedar dan terus cerita dekat Cik Anis tentang penyakit dia ni. Sampai segala koleksi cerita pitam dia waktu belajar dulu pun dia cerita dekat Cik Anis. Punya la banyak. Sejak hari tu memang kami tak chatting lama-lama da. Sebab Cik Anis tak nak EBS penat lagi. Yela waktu tu dengan EBS buat kerja part time waktu malam lagi, pastu balik kerja malam nak chatting dengan Cik Anis pulak. Memang penat la kan. Risau tahu. Huhu.


Bila EBS beritahu dia pitam pagi semalam, Cik Anis da risau takut low blood pressure EBS datang lagi. Tapi kali ni tak. EBS pitam sebab keracunan makanan pulak. Dengan cirit-birit nya lagi. Aduhai.


Puncanya, kelmarin EBS ada jemputan walimah dekat kawasan perumahan dia. Mungkin makanan dekat situ tak dimasak dengan betul. Bak kata EBS la. 


Nasib baik cirit-birit EBS da kurang bila da tengah hari. Cik Anis nak risau lebih-lebih pun tak boleh sebab tak boleh nak buat apa-apa untuk dia. Hanya mampu doa EBS cepat sembuh je.


Risau sangat sampai masa terlelap lepas subuh pun boleh mimpi bukan-bukan. Sudahnya bangun-bangun je menangis. Huhu.



*masih risau*




:: virtual card je la untuk EBS ::

^_^





No comments: