April 25, 2011

Muhammad sayang~

Salam.


Hari pertama menjadi babysitter kepada Muhammad. Fuhhhh~


Pagi waktu Kak Lin hantar Muhammad semua macam under control je. Rasa macam takde masalah nak jaga sampai pukul 2. Sekali bila Cik Anis start mandikan Muhammad pukul 9 pagi tadi hahh hambik. Terus Muhammad mengeluarkan suara tangisan Ziana Zain dia. Huhu.


Mungkin sebab baru first day kan. Muhammad pun macam terkejut agaknya kena air dekat tempat baru. Kira lepas kena air tu baru dia tersedar agaknya yang dia bukan dekat rumah pengasuh asal dia. Huhu.


Hari pertama Cik Anis jadi babysitter ni, Cik Anis dapat lenguh-lenguh tangan uolllssss. Haha. Lenguh sangat sebab Muhammad asyik nak berdukung je. Asal letak je nangis. Nak tak nak memang kena dukung je la kan. Baby 8 bulan tahu je la beratnya berapa kan. =.='


Tapi yang bagusnya tentang Muhammad adalah dia akan diam apabila kita baca zikir ke, selawat ke. Sangat behave. Nak mengelakkan dia menangis Cik Anis buka la astro oasis biar dia dengar selawat dan doa waktu nak masuk zohor tadi. Hehe.


Esok kena teruskan lagi. Cabaran menjadi babysitter. Chaiyok! Chaiyok! Cik Anis! ^_^









Muhammad tidur lepas puas menangis. Huhu.



No comments: