April 14, 2011

membesar bagaikan juara

salam semua..



Cik Anis dalam dilema ni. Eceh dilema la sangat. Hehe.



Sebenarnya macam ni, Cik Anis sebenarnya kan da lama tinggalkan tabiat minum susu setiap pagi dan malam. Huhu. Kalau dulu Cik Anis selalu amalkan minum susu segar setiap hari. Tapi habit ni da agak lama Cik Anis tinggalkan. Sejak peti ais dekat rumah ni rosak kejap hari tu. Sebab takde tempat nak simpan susu segar ni kan jadinya Cik Anis stop beli susu lepas tu sampai peti ais da repair pun Cik Anis tak beli lagi susu. Huhu. Ada la kira-kira sebulan lebih juga kot tak minum susu.



Macam sekarang ni pulak Cik Anis macam risau juga la sikit-sikit sebab rutin harian Cik Anis sekarang cuma minum air kosong je. Air manis memang jarang minum. Kalau buat milo ke selalunya Cik Anis buat milo-o je. Tak letak krimer sebab tak berapa suka. Cik Anis macam risau pula sebab takut kurang kalsium dalam badan. Yela sekadar minum air kosong je mana ada vitamin pun kan. Sekarang ni rasa macam nak kembalikan habit minum susu setiap hari. Yela umur da meningkat ni kena la alert sikit bab-bab kesihatan ni kan.


Agak-agak kan, susu apa yang best untuk Cik Anis minum ek? Cik Anis rasa nak beli susu tepung je lepas ni. Senang sikit sebab kalau simpan lama pun takde la jadi masam macam susu segar kan.



Cik Anis macam nak try minum anlene lepas ni tapi harga dia huhu.












Susu kambing pun elok juga sebab minuman Rasulullah kan. Tapi higoat ni agak mahal la juga bagi Cik Anis. Sekotak 15 sachet dalam RM36 camtu kot. Tak mampu rasanya buat masa sekarang ni.














Ke susu bawah ni je

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Minum nespray ok tak?

Hehe.

Harga agak berpatutan dari 2 susu dekat atas tu. Aishh da lama tak minum susu ni. Minum zaman kanak-kanak riang ribena dulu je kot. Hehe.






So rasanya susu mana yang patut Cik Anis minum sekarang??










p/s: EBS minum susu nespray sekarang ni. Tajuk entry tu adalah apa yang kawan EBS cakap kat EBS waktu EBS beritahu dia minum susu nespray. Haha.


2 comments:

lind said...

skarang sy minum susu anlene yg jenis creamy. sedap gak. anlene utk kekuatan tulang. dah la skang makin membongkok almaklum la makin tua haha. kekadang brekpes minum susu HL + kellogs.

anis said...

tu ah..rasanya anis pn mcm nk try anlene la pasni..kena berhabis sikit la untuk kesihatan sendiri kan.. ^^