April 11, 2011

kisah interview 2nd stage

Masih ingat dengan entry Cik Anis ke interview dua minggu lepas?



Ok ini adalah rentetan kisah interview 2nd stage Cik Anis hari tu. Baru ada kekuatan nak buka cerita. Huhu.



Hari rabu 23hb mac tu Cik Anis bertolak dari kluang lepas subuh ok. Dalam 6.15 pagi da gerak da sebab nak kena ke yong peng dulu jemput EBS untuk teman Cik Anis lagi. Thanks EBS sudi ambil cuti lagi. Hee. Jalan nak ke yong peng banyak takde lampu jalan. Cik Anis ni rabun malam, memang tak nampak jalan kalau drive dekat jalan takde lampu jalan ni. Tapi waktu tu tawakal je la. Hanya berpandukan lampu kenderaan depan je. Kalau depan takde kereta, Cik Anis tercari-cari la line jalan tu. Huhu.



Interview hari rabu tu start pukul 9 pagi dan Cik Anis sampai depan bangunan company tu betul-betul pukul 9. Hee. Jalan jammed u, tu pun nasib baik masih sempat lagi. Fuhh..



Interview hari tu ambil masa dekat 4 jam. Yup memang sangat lama. Yela swasta kan. Macam-macam la sikit interviewnya. Alhamdulillah interview untuk stage 2 tak la susah mana. Syukur juga sebab dalam 20 calon yang dipanggil untuk interview 1st stage hari isnin tu, Cik Anis antara top 5 yang dipanggil untuk 2nd stage interview ni. Dalam pukul 1 interview habis da. Manager company tu kata kalau dapat atau tidak, petang tu juga dia akan suruh PA dia call. Ok setel. Kesian kat EBS kena tunggu lama. Muka pun ketat je. Haha.



Habis interview kali ni kami terus balik kluang. Tapi macam biasa la kena singgah yong peng dulu kan. Hehe. Petang tu lepak-lepak jap kat rumah EBS then lepas asar baru Cik Anis gerak balik kluang. Tahu apa jadi??





















Cik Anis sampai depan pagar rumah, tak sempat nak belok masuk pagar rumah lagi ni, hp Cik Anis berbunyi. Jeng jeng jeng.





"Miss Haniza, congratulation u are accepted to join our company. Please bring bla bla bla...."





Cik Anis rasa nak melompat je waktu tu ok! Nasib baik la masa tu masih dalam kereta lagi. Hehe. Alhamdulillah rezeki. Dapat juga kerja akhirnya. Habis bercakap dengan PA tu, Cik Anis pun membelokkan kereta masuk ke garaj dengan senyuman lebar. Siapa la tak suka bila da lulus interview kan.



Tapi gembira tu tak berpanjangan pun. Sob3.




Masuk je dalam rumah, mak Cik Anis tanya dapat ke tak. Cik Anis jawab la dengan nada riang ria.

"Dapat! Kena buat passport lepas ni"

Bila ayah Cik Anis dengar je kena buat passport terus mak ayah Cik Anis tak percaya dengan company ni. Mula la mak ayah Cik Anis kata ni siap suruh buat passport apa semua ni nak jual dadah ke apa? =.='




Ok ini adalah tidak lawak. Memang itu lah tanggapan mak ayah Cik Anis. Dan2 tu juga ayah Cik Anis buat keputusan "Da, tak payah" Cuma tu je ayat yang ayah Cik Anis lontarkan. Huhu. Untuk melawan apa yang ayah Cik Anis da cakap tu memang tak la kan. Sebagai anak kena la dengar cakap orang tua. Walaupun masih ada kesempatan untuk Cik Anis jelaskan sebab kenapa company tu suruh buat passport tapi rasanya biar je la. Bukan rezeki kan.

Cik Anis hanya mampu masuk bilik dengan badan yang masih penat drive seharian, duduk termenung dan menangis. T_T


Nasib badan. 


Terus call EBS nak ngadu. Masa tu dengan hidung berair dok la sroot sroot waktu cakap dengan EBS. Da tak fikir apa da. Huhu. Malu pulak bila ingat semula. Tak pernah-pernah Cik Anis call EBS, tiba-tiba call terus nangis-nangis camtu. Huhu.




Dan sekarang ni, Cik Anis masih lagi memegang gelaran penganggur terhormat untuk 7 bulan berturut-turut. Sekian terima kasih.






Untuk memuaskan hati semua pihak dengan hati sendiri adalah sangat sukar. Tapi demi menghormati kedua ibu bapa, Cik Anis redha dengan apa yang berlaku ni. Pasti ada hikmah. Banyak hikmah sebenarnya. Sekarang Cik Anis hidup seperti biasa. Tiba-tiba rasa tak nak cari kerja da. Hehe.

8 comments:

Emylia Shahila said...

la.. npe ayah x bg lak? company ape tu cik anis?

anis said...

xtau la..mungkin sb company tu kurang dikenali kot so ayah mcm x bpe nk percaya nk bg keje kt situ..company berkaitan event management and marketing..

takpe la bkn rezeki kt situ.. =)

en.kayrul dn cik nadua said...

xpe cik anis.ada rezeki yg lebih baik. restu ayah ibu plg penting. so,teruskn usaha n jgn give up ek :)

anis said...

thanks nadua ^_^

insyaAllah x give up..pasti ada rezeki yg lbh baik lepas ni.. ;p

nedy abrahaman said...

kene buat passport? parents you risau tu..kalau anak i pon i akan ragu2 gak you..sebab banyak dah kan kes keldai dadah ni sume..sabar jela ek..insyaAllah akan ade kerja yang lagi baik dari tu..=)

anis said...

hehe..a'ah ned..diorang risau sebab takut company tu suruh jual dadah..padahal sbnrnya kena buat passport sb setiap tahun akan ada event g holiday kt oversea ramai2..huhu..takpe la..bkn rezeki i kt situ..

Emylia Shahila said...

betol la tu.. xpe, mungkin rezeki cik anis lebey baik pas ni.. yg penting restu mak ayah kan, ade sbb npe dorg x bg.. any way, gud luck cik anis :)

anis said...

thanks emylia.. =)
betul tu yg penting restu dan redha ibu bapa..insyaAllah ada yg lbh baik lepas ni..