April 07, 2011

cerita weekend

Weekend da nak datang lagi baru la Cik Anis nak update cerita weekend lepas. Almaklumlah mood nak mengarang tu menghilang sekejap lepas lama sangat tak online minggu lepas. Hehe. Weekend lepas Cik Anis agak padat juga la dengan aktiviti hidup. Penat juga bila dua-dua hari tak melekat dekat rumah. Huhu. 



Sabtu lepas saya memenuhi jemputan rakan sekolah saya untuk sama-sama ke usrah. Untuk tambah ilmu kan, saya pun tak sampai hati nak tolak sebab sebelum ni dia pernah ajak saya tapi saya terpaksa tolak sebab tak berapa sihat. Memandangkan kawan saya ni akan balik ke jakarta untuk sambung pengajian medic nya kat sana lepas ni makanya saya tak nak la lepaskan peluang berjumpa dan berusrah dengan beliau. Ini pengalaman pertama saya pergi usrah sebenarnya. Seronok rupanya! 



Sampai rasa menyesal sebab masa study dulu terpengaruh dengan senior kolej beraliran aspirasi yang suka fitnah budak GM ni berjumpa sebab nak menghasut la apa la. Padahal diorang berusrah ilmu agama. Oh gila menyesal sebab terpengaruh. =.=' Tapi syukur la masih diberi kesempatan untuk merasa nikmatnya berusrah ni. InsyaAllah lepas ni saya akan terlibat dengan satu kumpulan usrah yang kawan saya akan kenalkan pada saya sebelum beliau berlepas ke jakarta semula.



Cerita hari ahad pula, aktiviti saya bermula awal pagi lagi. Sebabnya saya diberi tanggungjawab untuk menjemput bakal biras dan bakal adik ipar saya dekat stesen keretapi kluang. Hehe. Pukul 4 pagi diorang da sampai tapi waktu tu saya masih diulit mimpi la kan. Haha. Pukul 8 baru saya jemput diorang. Kemudian kami bertiga bergerak ke yong peng. Yeay! Dapat jumpa bakal suami saya. Hihi. 



Oh ya walaupun EBS kerja dekat daerah saya tinggal dan tempat kerja beliau tak sampai 10minit pun dari rumah saya, tapi kami jarang jumpa tau. Jadi agak excited nak ke yong peng ahad tu. Hehe. Hahh lagi satu, kedatangan saya ke sana adalah rahsia pakatan dengan adik beradik EBS. EBS langsung tak tahu saya nak ke sana. Wow, I like surprising him. Haha. Tapi waktu saya sampai ada patut EBS masih diulit mimpi. Sabar je la. Da kena kejut dengan mak dia. Padan muka! Haha.



Selebihnya, masa saya dihabiskan dengan family EBS je satu hari tu. Seronok sangat walaupun kami cuma duduk-duduk borak-borak dekat rumah je. Yela da berjumpa ramai-ramai macam tu kan, gamat la jugak. Saya yang pendiam ni pun boleh jadi peramah terlebih sebab saya dengan bakal biras saya sekepala pulak. Haruslah dua-dua jadi peramah terlebih walaupun dua-dua pemalu sebenarnya. Hehe.



Weekend saya sangat indah untuk dikenang. Bila 2 pasang bakal pengantin ada dalam satu rumah, oh termasuk kakak EBS makanya 3 pasang bakal pengantin, haruslah topik majlis dan persiapan majlis menjadi topik utama perbualan kami sepanjang hari tu. ^_^



2 comments:

lind said...

majlis berlangsung dengan adik ipar ek?

cik anis said...

a'ah..bertandang nanti buat sekali dgn bakal adik ipar.. =)