April 15, 2011

catalyst virgin coconut oil



Minggu lepas sewaktu blogwalking ke blog b2b dan ex-b2b, Cik Anis terbaca tentang pengalaman ex-b2b yang sebaya dengan Cik Anis iaitu Hajar menggunakan catalyst virgin coconut oil. Cik Anis pun ada masalah period cycle macam Hajar juga la. Da macam-macam ubat juga Cik Anis cuba end up macam fedup nak cari penawar lagi. Tapi lepas baca pengalaman Hajar dengan catalyst vco ni Cik Anis terasa macam nak cuba juga la. Mana tahu dengan izin Allah masalah Cik Anis ni berjaya diatasi kan.

Mula-mula Hajar offer nak belikan dari kawan pejabat beliau tapi Cik Anis terlebih dulu da order online kat blog lain waktu tu. Hehe. Lain kali boleh beli kat Hajar pulak. ^^












Mula-mula Cik Anis order jenis liquid tapi stok da habis pula jadinya Cik Anis minta tukar dengan jenis softgel. Sabtu lepas baru Cik Anis dapat parcel ni. Hari tu juga terus mula makan. Setakat hari ni Cik Anis tak rasa apa-apa perubahan la. Cuma rasa macam kerap mengantuk pulak 2-3 hari kebelakangan ni. Tak tahu la tu memang simptom makan vco ni atau tak kan. Lagi satu hari ke-empat penggunaan vco ni Cik Anis perasan bila buang air tu macam ada bau ubat. Korang yang makan vco ni ada alami apa yang Cik Anis alami ni tak? Sebab Cik Anis takde ambil apa-apa ubat lain sekarang ni. Cuma makan vco ni je. Huhu. Ke tu tandanya toksin dalam badan sedang dinyahkan ek? 




Kat sini Cik Anis senaraikan antara kebaikan dan khasiat vco ni.



Kecantikan luaran:


  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet



Kesihatan dalaman:


  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Memperbaiki percernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
  • Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim tubuh
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
  • Mencegah risiko sakit jantung
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan darah tinggi




Penggunaan vco ni pun ada memberikan kesan segera selepas penggunaan antaranya:


  • Melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
  • Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tak lawas serta membuang toksin melalui najis.
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - vco akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan menjadikan badan lebih bertenaga
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
  • Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru





Macam-macam kebaikan dan khasiat vco ni kan. Kepada b2b atau sesiapa pun yang nak mencuba vco ni sila-sila la beli ya. Satu botol ni ada 60 softgel untuk penggunaan satu bulan. Murah je. Cuma rm39.90. Jenis liquid pun harganya sama. Selamat mencuba. Owh, Cik Anis bukan stokis mahupun agen. Sekadar sharing the info. Hehe.


p/s: kebaikan lain vco ni adalah memudahkan proses untuk bersalin. Bak kata mak Cik Anis. ^_^
p/s/s: lets pray for Hajar's little H. Dear, semoga semuanya selamat ye. Little H pasti kuat!!!

No comments: