April 25, 2011

bidan terjun

Salam semua.



Rajin kan Cik Anis tiba-tiba je update blog tengah malam macam ni. Hehe.



Cik Anis baru je balik daripada sambutan maulidur rasul anjuran tempat kerja EBS. Cik Anis dapat tahu ada sambutan maulid nabi ni pun pagi tadi. Da kebetulan malam ni Cik Anis takde apa-apa agenda lain so boleh je la join sambut sekali kan. Cik Anis pun tak tahu siapa penceramah yang dijemput. Cik Anis ingatkan ustaz sekitar Kluang ni je. Sekali bila da sampai dekat tapak majlis rupa-rupanya penceramah yang dijemput adalah Ustazah Siti Nor Bahyah!!!






Wah. Agak teruja juga sebab dapat tengok beliau dan suami secara live macam ni. Walaupun tengok dari jauh je la. Hehe. Rupa-rupanya ustaz dan ustazah ni da ada cucu berumur 3 tahun. Cik Anis baru tahu. Huhu.





Tapi tu bukan la perkara utama Cik Anis update blog tengah malam ni. Sebenarnya ada benda lain nak share. 







Waktu tengah dengar ceramah tadi tiba-tiba Cik Anis dapat panggilan telefon. Tengok-tengok rupanya Kak Lin, kakak usrah Cik Anis. Pelik juga sebab tiba-tiba je call kan. Tapi sebab suasana kat tapak majlis tadi agak bising jadinya kami ber-sms je la. Tahu apa beliau suruh Cik Anis buat??? 











Kak Lin minta tolong Cik Anis jadi babysitter untuk Muhammad anak beliau!!!!


OMG..Cik Anis nervous juga ni tiba-tiba kena jadi bidan terjun jadi pengasuh baby. Tak berapa ada pengalaman. Dulu waktu sepupu Cik Anis kecik Cik Anis jaga la juga tapi ada bantuan bibik. Kali ni kena jaga sendiri. Agak cuak juga. Lagi-lagi anak orang luar kan. Huhu. Tapi harapnya Allah permudahkan Cik Anis nak menjaga Muhammad. Muhammad ni sangat comel. Pipi gebu sangat. 


Cik Anis kena jadi pengasuh Muhammad pun sebab pengasuh asal Muhammad masuk wad siang tadi sebab nak bersalin. Jadi Kak Lin kena la cari pengasuh sementara untuk anak beliau. Cik Anis start jaga Muhammad mulai esok sampai cuti sekolah nanti. Kira-kira 6 minggu juga.







Harap Allah permudahkan proses Cik Anis nak menjaga Muhammad. Cik Anis anggap tugas ni macam kursus pendek sebelum jadi ibu buat anak-anak sendiri nanti. ^_^


Muhammad anak baik, esok ibu Anis jaga Muhammad sayang eh. ^_^




No comments: