April 18, 2011

belajar tidur awal

Salam.

Cerita ringkas je kali ni. Masih bukan berkaitan persiapan majlis Cik Anis dan EBS. Hehe.


Seperti yang Cik Anis selalu beritahu dalam entry-entry lepas, Cik Anis masih belum bekerja lagi. Jadi macam biasa la rutin orang belum bekerja ni mana sama dengan rutin orang da bekerja kan. Rutin tidur Cik Anis pun semestinya tak sama dengan rutin mereka yang da bekerja. Hehe.


Rutin tidur Cik Anis setiap hari adalah sekitar 1.30 pagi atau 2 pagi. Ni da kira awal la kalau nak bandingkan dengan dulu. Kalau dulu pukul 3 pagi pun rasa macam baru pukul 10 malam. =.='


EBS pun tahu rutin tidur Cik Anis macam ni. Tapi dia memang takdenya la nak tidur lewat macam Cik Anis kan sebab EBS kan kerja pagi. Biasanya memang EBS tewas la bab tidur ni kalau lawan dengan Cik Anis. Selalunya dia yang tidur dulu. Hehe.


Nak dijadikan cerita, hari tu entah apa mimpi EBS, tiba-tiba mengeluarkan arahan mandatori kepada Cik Anis supaya belajar masuk tidur awal. Jangan online je sampai tengah malam. Uhuu. [groomzilla mode ke apa ni? ]


Hehe. Mula-mula rasa macam kelakar lak bila bab masuk tidur pukul berapa pun boleh jadi isu. Tapi EBS kata dia risau nanti takde seri waktu sanding. Haha. Baik la. Cik Anis akan menurut perintah. Mari la kita belajar tidur awal lepas ni ye. No more stay up till late night. Huuu~







^_^



p/s: jom tidur!! ;p


No comments: