March 22, 2011

tak pelik tapi benar belaka

 10 fakta mengenai Cik Anis yang anda patut tahu.. ^_^


  1. Tahukah anda, Cik Anis mempunyai ketinggian 160cm dan boleh dianggap tinggi di kalangan rakan-rakannya. Tapi hakikatnya Cik Anis merupakan yang paling rendang di kalangan adik-beradiknya. Tapi nanti bila EBS da jadi sebahagian dari family Cik Anis makanya kami akan sama-sama rendang di kalangan adik-beradik Cik Anis. LOL! XD
  2. Tahukah anda, Cik Anis merupakan satu-satunya anak yang tak tahu menunggang motor manual. Kalau bagi skuter laju saja dia merempit. Hehe. Owh kereta juga hanya auto sahaja.
  3. Tahukah anda, Cik Anis merupakan satu-satunya anak yang tak pernah pergi sekolah bawa motor walaupun sudah ada lesen sebelum spm lagi.
  4. Tahukah anda, semua kenderaan di rumah Cik Anis menggunakan no plat 181 tapi hanya skuter Cik Anis menggunakan no plat 811 ekoran nak beli cepat punya pasal. Hehe.
  5. Tahukah anda, Cik Anis sudah lebih 5 bulan tidak mengadap televisyen untuk satu jangka masa yang lama. Sekarang ni mengadap tv 30 minit pun rasa macam 3 jam. Hebat kan? ;p
  6. Tahukah anda, Cik Anis merupakan satu-satunya anak yang repeat test JPJ untuk kedua-dua lesen sebanyak dua kali. Haha.
  7. Tahukah anda, walaupun hanya menunggang skuter, Cik Anis mampu mengejar peragut dompetnya satu waktu dahulu. Vangga uols. Haha.
  8. Tahukah anda, fakta no. 7 tidak diketahui oleh ibu bapa Cik Anis hingga saat ini. Hehe.
  9. Tahukah anda, dulu Cik Anis adalah fanatik Westlife. Wahaha. Sekarang tiba-tiba dapat pengaruh melayan K-pop. Terima kasih kawan Cik Anis kerana berjaya mempengaruhi beliau. ;p
  10. Tahukah anda, mak Cik Anis tak boleh tahu apa makanan kegemaran Cik Anis kerana nanti beliau akan belikan makanan tersebut setiap masa sampai Cik Anis muak. Oleh sebab itu menyebabkan jenis makanan kegemaran akan berubah setiap musim. Haha. Tapi takpe, Cik Anis sayang puan emak ketat-ketat. ^^

Ok itu sahaja fakta yang terlintas setakat ini. Nanti kalau ada akan ditambah dari semasa ke semasa. Hehe. Daa~



selingan: tolong la cakap kami sama. haha
^_^

1 comment:

eeda haziq said...

SAMAAAAAAAAA,, TAPI RAMBUT LAA. :) HIHIHI