March 23, 2011

tahukah anda: peristiwa isnin lalu

as-salam b2b semua.. =]



:: ABC kg melayu majidee::
gambar ehsan google



  1. Tahukah anda, isnin lepas Cik Anis menghadirkan diri ke satu temuduga di Johor Bahru?
  2. Tahukah anda, Cik Anis ke sana ditemani oleh EBS? Hehe. Terharu tahu bila EBS sanggup ambil cuti semata-mata nak teman bakal isteri dia ni. ^_^
  3. Tahukah anda, Cik Anis pertama kali memandu ke rumah EBS di Yong Peng bersendirian pada hari tersebut untuk menjemput beliau? Nasib baik ingat jalan.
  4. Tahukah anda, kami sebenarnya tak pernah menjejakkan kaki ke Johor Bahru selain daripada pergi dengan keluarga atau sebab ada seminar di sana?
  5. Tahukah anda, kami hanya berpandukan pada map yang di cari dari google maps sahaja untuk ke tempat temuduga tersebut? Masa ni nekad je la. Kalau sesat anggap je takde rezeki nak ke temuduga tu.
  6. Tahukah anda, kami tidak sesat malah tiba sejam tiga puluh minit lebih awal dari waktu temuduga? Hehe.
  7. Tahukah anda, perjalanan dari Kluang ke JB adalah hasil pemanduan Cik Anis? EBS siap komen kalau drive macam ni kerja JB duduk Kluang pun boleh ulang-alik. Haha. Ye ye. Cik Anis memandu melebihi had laju. Sekian. ;p
  8. Tahukah anda, Cik Anis siap minta izin EBS nak pakai heels waktu temuduga tersebut? LOL! XD (rujuk entry sebelum ni..haha)
  9. Tahukah anda, EBS tidak kisah tentang heels tersebut malah katanya "takpe, perempuan lagi tinggi dari lelaki murah rezeki.." ;p
  10. Tahukah anda, temuduga tersebut lebih kepada pengurus syarikat bercerita tentang syarikatnya kepada Cik Anis dan Cik Anis hanya perlu buat muka teruja mendengar cerita beliau sahaja. Haha
  11. Tahukah anda, temuduga hanya berjalan selama kurang 15 minit sahaja. Sampai EBS yang siap bawa laptop dan broadband pun tak sempat nak ber-online pun. Hehe.
  12. Tahukah anda, selepas temuduga kami menikmati ABC yang popular di Kampung Melayu Majidee (rujuk gambar atas)? Itu bak kata EBS la. Cik Anis tak tahu la sepopular mana ABC tersebut. Hehe. 
  13. Tahukah anda, petang Cik Anis dihabiskan dengan FMIL? Hihi.
  14. Tahukah anda, FMIL Cik Anis ajak Cik Anis ronda-ronda kedai barangan hantaran? *wink*
  15. Tahukah anda, Isnin lepas buat pertama kalinya Cik Anis dan EBS men-survey idea dulang hantaran bersama-sama. Hihi.
  16. Tahukah anda, kami da ada idea untuk hiasan dulang hantaran kami dan mula buat kira-kira kos bahan? InsyaAllah Cik Anis akan DIY sendiri gubahan hantaran kedua-dua pihak. ^_^
  17. Tahukah anda, sesudah men-survey barang hantaran bersama EBS dan FMIL, kami pulang ke Yong Peng dan Cik Anis serta EBS mula menyelak majalah Pengantin secara berjemaah? Haha. EBS nak tunjuk idea pelamin belah lelaki, pastu Cik Anis pula tunjuk design baju melayu yang Cik Anis nak EBS pakai waktu sanding nanti. Yeay! EBS suka style tersebut.InsyaAllah beliau tempah baru sebab tak nak sewa. ^_^
  18. Tahukah anda, petang isnin Cik Anis dipenuhi dengan aktiviti membincangkan hal ehwal majlis bersama dengan EBS. Baju sanding, baju nikah, pelamin, barang dan design hantaran, doorgift. Sampai bunga tangan pun EBS nak bincangkan. Haha. Suka. Suka. ^_^
  19. Tahukah anda, adik bongsu EBS siap peluk Cik Anis suruh tidur sana dan tak bagi Cik Anis balik petang tersebut. Owh terharu sangat. Sampai terkeluar air mata usai solat maghrib malam isnin lepas. ;( Adik, tunggu akak dengan abang nikah dulu ye. Nanti akak tidur sana.
  20. Tahukah anda, Cik Anis sakit belakang pada malam isnin lalu ekoran kepenatan duduk dalam kereta seharian? Haha. 





Ok la. Setakat ini segmen Tahukah anda untuk aktiviti hari isnin lepas. Isnin Cik Anis dipenuhi dengan aktiviti bunga-bunga. Alamak, rasa jatuh cinta lagi. Haha.





p/s:

21. Tahukah anda, entry ini adalah auto-publish? Hehe. Dan saat anda membaca entry ini, Cik Anis sebenarnya sedang berada JB sekali lagi dan ditemani EBS untuk 2nd stage interview. Wish me luck!!!! ^_^





No comments: