March 18, 2011

semoga selamat semuanya

Tengah malam tadi Cik Anis dapat mesej dari adik Cik Anis. Bukan adik yang dalam entry sebelum ni. Tapi ni adik junior Cik Anis di UKM dulu. Terkejut sangat sebab dia mesej btau yang hari ni dia nak masuk wad untuk buang ketumbuhan. Ya Allah banyak sungguh dugaan junior Cik Anis ni. Owh junior ni adalah rum8 Cik Anis waktu 3rd year dulu. Antara rum8 yang paling rapat dengan Cik Anis. Kami sekepala tu yang sangat seronok duduk sebilik dengan dia.

Buat Zahra, semoga pembedahan hari ni berjalan dengan lancar. Akak doakan Zahra cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah. InsyaAllah.

Dugaan Zahra sangat banyak. Dari masalah kewangan, kena buatan orang sampai kena cuti belajar satu semester, naik semester baru kena pulun subjek untuk 2 semester sekaligus sebab lecturer beliau nak beliau konvo sekali dengan batch beliau dan sekarang menghidap ketumbuhan pula. Subhanallah. Besar sungguh ujian mu adik. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Akak tahu kamu kuat. T_T






:: zahra yang sebelah kanan (berbaju biru tu) ::








No comments: