March 07, 2011

saya rasa saya stress

as-salam

hari ini rasanya hari paling tak produktif untuk cik anis..serius..kalau tanya apa yang saya da buat dari pagi tadi sampai la sekarang ni, saya boleh jawab: takde apa-apa..huhu..

dan saya rasa saya sedang stress untuk hari ini..

kemudian saya pun google tanda-tanda stress dan saya jumpa info kat bawah ni:





Antara tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan ialah:



1. Apabila seseorang itu sering berasa gementar, berpeluh, sakit kepala, bernafas laju, cepat letih, kerap buang air kecil & besar, kurang selera makan & juga mudah mendapat penyakit seperti penyakit asma, sakit belakang, & juga masalah penghadaman.



2. Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalu psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang, keliru, kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, sukar hendak tidur, perubahan emosi seperti sering berasa kecewa, mewujudkan permusuhan, rasa tidak berdaya, cepat marah, & lemah semangat.


3. Mengalami gangguan fikiran. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan, kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan & individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.



4. Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkan melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu. Individu ini sering bercakap dengan kuat & cepat, sentiasa menguap, suka menggigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan jari, mudah berasa letih, terlalu bergantung kepada orang lain, bertindak secara tidk logik & ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.







antara tanda-tanda yang ada pada diri saya sekarang ni adalah:

1. gementar: jantung ni berdegup laju je hari ini..lagi-lagi bila fikir pasal yang satu tu..lagi la laju jantung ni berdegup

2. bernafas laju: sebab da gementar kan..asyik nak tarik nafas je sebab rasa macam sesak pulak kat dada ni..

3. cepat letih: baru buat kerja sikit da rasa nak tidur..huhu

4. kerap buang air kecil: hari ini paling banyak masuk toilet berbanding hari-hari lain..waktu musim hujan pun rasanya tak sebanyak hari ini..asyik la nak membuang je..

5. kurang selera makan: hari ni baru makan sebiji kuih masa sarapan tadi, lepas tu beberapa potong keladi goreng petang tadi..saat entry ni saya taip saya tak makan apa-apa da..

6. sakit belakang: duduk kejap je rasa nak baring..yang ni da beberapa hari la juga..bukan setakat hari ini je..

7. masalah penghadaman: makan sikit pun rasa macam makan banyak gila..perut macam sebu je..

8. semua dalam point no.2 tu saya sedang alaminya sepanjang hari ini kecuali yang mewujudkan permusuhan tu takde la..

9. point no. 3 pulak, saya rasa tak larat sangat nak buat kerja harian saya hari ni..sampai waktu tolong puan emak memasak pagi tadi pun sempat khayal ke dunia lain..huhu..hilang fokus..

10. point no.4 tu tak banyak sangat la yang saya alami..sekadar suka mengetap bibir dengan mudah berasa letih je..


huuu..banyak kan simptom stress yang saya alami..dan tidak syak lagi saya memang sedang stress hari ini..sob3..

sebenarnya saya stress sejak petang semalam..lagi-lagi bila bincang soal pernikahan saya dengan EBS..sebenarnya sebelum ni takde la stress sangat walaupun tarikh nikah kami tak confirm lagi kan..tapi semalam sampai hari ni jadi stress pulak sebab tiba-tiba adik lelaki EBS da sibuk suruh family EBS hantar rombongan meminang bakal isteri dia pula..hahhh..cecite..stress tak kalau bakal adik ipar da nak potong queue..huhu..

saya stress bukan apa..rasa serba salah sebab buat EBS tersepit..yela dia kena tunggu saya dapat kerja baru kami boleh menikah kan..lambat saya dapat kerja maka lambat la kami nikah..ni adik EBS yang mula-mula plan nak menikah hujung tahun ni tiba-tiba pula nak menikah pertengahan tahun ni juga..huuu bertambah tersepit la EBS..saya pun makin tersepit sebab EBS pun da mula tanya bila mak ayah saya nak confirmkan tarikh nikah kami..waaa..nak jawab apa..sedangkan mak ayah memang da keluarkan syarat yang satu tu dari dulu lagi..T_T

serius stress sangat..tak mampu nak buat apa-apa..hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah je..

harap-harap esok da pulih la..walaupun tarikh tak confirm lagi, persiapan mesti dijalankan walaupun sikit-sikit..itu pesan EBS..huhu..

menurut perintah =)

2 comments:

nolie said...

nolie pun stress jugak..aaaa. Tapi kita cuba kawal k. Chaiyok2. Senyum slalu :)

cik anis said...

chaiyok2! hehe.. ^^