March 07, 2011

julai 2009

as-salam

julai 2009..hehe..tiba-tiba nak buat entry back dated pulak..takpe..cerita ni ada kaitan juga dengan life saya sekarang ni..owh mungkin lebih tepat life saya dengan EBS sekarang ni..hehe

julai 2009, saya baru mulakan praktikal dekat jabatan tempat kerja EBS..bererti julai 2009 merupakan saat saya kenal EBS sebagai rakan sekerja..rakan sekerja je tau..sebab masa tu saya da ada bf dan EBS pun rasanya masih ada gf kot..saya pun tak pasti sangat..

memandangkan tempat saya praktikal ni merupakan badan kerajaan, makanya setiap hari jumaat akan ada majlis ilmu..waktu saya praktikal dulu, pagi jumaat dimulakan dengan bacaan al-Quran dalam bilik mesyuarat..kira mana-mana staff yang nak mengaji boleh datang je ke bilik mesyuarat tu..biasanya ada seorang ustaz akan diupah untuk semak bacaan semua staff yang ada dalam bilik tu..saya selalu pergi dengan rakan praktikal saya..tapi lepas sebulan, rakan praktikal saya da habis praktikal, saya pun da jarang terlibat dengan majlis bacaan al-Quran ni..huhu..takde kawan saya rasa segan pulak nak mengaji dengan staff-staff lain.. =.='

nak dijadikan cerita, suatu hari jumaat tu, saya macam biasa pergi mengaji dengan rakan praktikal saya, jumaat tu kebetulan pulak EBS pun datang untuk mengaji..masa ni saya tak rapat lagi dengan EBS..yela waktu ni kan saya masih baru dalam jabatan tempat EBS tu kan..masih segan nak bertegur sapa dengan semua staff lebih-lebih lagi staff lelaki..dengan staff perempuan saya ok je..

waktu mengaji tu, ustaz tu picked randomly siapa kena baca dulu..saya antara yang terawal la baca sebab duduk area paling dekat dengan meja ustaz tu..turn EBS pulak agak lewat..kiranya da hujung-hujung tu baru turn dia kot..

sampai turn EBS baca, alamak! syahdu sangat bacaan EBS..serius..saya suka dengar EBS mengaji..JATUH CINTA!!! masa ni jatuh cinta pada bacaan dia la..bukan pada tuan badan..hehe..

habis je EBS mengaji, ustaz tu terus cakap, alhamdulillah bagus bacaan..pastu tambah lagi dengan usikan: "da ada calon belum? kalau belum boleh la pilih mana-mana anak dara dalam bilik ni.."

haha..staff lain pakat gelak je..kebetulan masa tu staff perempuan dalam bilik tu yang belum kahwin cuma saya dengan kawan praktikal saya..adehh..terus kitorang tunduk tengok al-Quran je..malu woo..haha

cerita tu setakat tu je la..hehe..

sekarang masuk pulak dalam time frame selepas EBS melamar saya, saya buka cerita ni dekat EBS..saya cakap saya suka dengar dia mengaji..EBS pun pelik..eh bila masa awak dengar saya ngaji..hehe..saya terus cerita kejadian dekat atas ni pada dia..EBS bantai gelak je..terus label saya secret admirer dia..haha..dia kata: "owh dalam diam-diam saya ada secret admirer dari dulu rupanya" haha..perasan la EBS ni..saya suka dengar dia mengaji je kot masa tu..bukan suka kat dia pun..^^

lepas tu saya cerita pasal usikan ustaz tu..EBS pun jawab la, waktu ustaz tu cakap macam tu dia tak rasa apa-apa pun..sebab masa tu bukan ada pilihan pun dalam bilik mesyuarat tu..tapi sekarang (merujuk pada situasi selepas EBS melamar saya) da terpilih dari dalam bilik tu jugak la..masin mulut ustaz tu..hehe

ok tu je cerita saya..hehe..

takde la, sebenarnya saat entry ni saya taip, saya rasa saya rindu nak dengar bacaan ayat suci al-Quran dari EBS..serius rindu sangat..suara EBS bila mengaji memang syahdu je..kira menusuk ke jiwa juga la bacaan dia..walaupun da setahun lebih saya dengar bacaan pertama dan yang terakhir tu, rasa macam terngiang-ngiang pulak bacaan ayat suci dari mulut EBS kat telinga saya sekarang ni..hehe





nak google gambar qari tapi takde yang menarik..jadinya saya curi gambar dalam fb EBS je..haha..ni masa majlis khatam al-Quran september 2009..waktu saya masih lagi praktikal tapi saya tak datang pun majlis ni..hee..kalau tak mesti dapat dengar EBS mengaji lagi..uhuu..rugi..




tunggu da nikah nanti, nak suruh EBS mengaji untuk saya..

semoga dipermudahkan perjalanan kami untuk bersatu julai 2011 ini..ameen..

baru perasan, julai 2011 bererti genap 2 tahun saya kenal EBS.. ^_^


No comments: