March 14, 2011

fahamilah

as-salam

fahamilah: insyaAllah itu maksudnya dengan izin Allah

kita manusia hanya merancang, tapi semuanya terserah pada Allah sama ada mahu memperkenankan permintaan kita sebagai hamba ini atau menyimpannya untuk sesuatu yang lebih baik.

yang penting: usaha, doa dan akhirnya mesti bertawakal pada Allah

segala yang baik itu datangnya dari Allah. =)

situasi kami: kami merancang untuk menikah pada Julai 2011 ini, tapi semuanya dengan izin Allah jua..diharapkan Allah memperkenankan doa kami untuk bersatu pada Julai tahun ini..insyaAllah..ameen.



Beriman kepada takdir bererti percaya bahawasanya Allah swt mengetahui perjalanan hamba2 NYA dan mengawasi hal ehwal mereka serta mentadbir urusan mereka, dan percaya bahawa segala sesuatu yg berlaku dalam alam adalah dgn izinNYA. Serta bahawa apa sahaja yang mengenai manusia, sama ada yg bermanfaat mahupun yg mudarat adalah dgn iradat dan qudrat NYA.

‘Tidak ada kesusahan atau bala bencana yg menimpa (seseorang) melainkan dgn izin Allah dan sesiapa yg beriman kpd Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yg telah berlaku itu dgn tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu.’ (At-Taghabun:11) .

Oleh itu setelah berusaha sebaik mungkin, serahkanlah hasilnya untuk ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih. Apa jua yg berlaku diterima dengan jiwa yg tenteram dan penuh keyakinan bahawa segala sesuatu telah diatur oleh Allah swt, dan DIA takkan sekali-kali menzalimi hamba2NYA.








No comments: