March 15, 2011

enam pesanan untuk wanita



1. Jaga solat pada awal waktu.  Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan bacaan hadis Nabi di rumah dengan keluarga.  Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal.  Ini amalan zaman Rasulullah sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia dan akhirat.

3. Baca al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.

4. Mendidik anak-anak secara Islam. Mengajar anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun iaitu doa-doa harian.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri (si isteri).




persediaan menjadi seorang isteri solehah.. ^_^



No comments: