March 21, 2011

comforter: konon nak survey terus terbeli pulak!


Sebenarnya cerita ni kisah dua minggu lepas tapi baru hari ini berkesempatan nak cerita. Maklum la bila mengadap laptop dan baca blog b2b lain terus la Cik Anis ni sesat entah ke mana-mana. Bila da balik blog sendiri terus takde mood pulak nak bercerita. Hehe.

Weekend hari tu waktu adik Cik Anis balik bercuti kami macam biasa la akan keluar hang out berdua kan. Kebetulan minggu tu ada sale dekat parkson so Cik Anis da set plan awal-awal nak keluar dengan adik pergi survey comforter dekat parkson. Awal tahun dulu da survey jugak tapi tak beli lagi la waktu tu sebab rasa nak tunggu tarikh da confirm baru nak beli segala benda yang nak di beli kan. So abaikan je la walaupun waktu tu da jumpa yang berkenan di hati. Huhu.

Weekend ni pun niat asalnya nak survey je. Sebab rasa macam awal lagi nak beli. Bilik pun tak mula-mula renovate lagi. Mana entah kontraktor ni. Sibuk buat rumah jiran kami, rumah kami dorang hold dulu. Sabar je la. Haihh. So kalau beli macam tak tahu pulak nak letak mana comforter tu kan. Jadi niatnya memang nak survey je la minggu tu.

Tapi apakan daya. Eceh ayat. Haha. Waktu kami survey comforter tu, warna yang Cik Anis berkenan sangat betul-betul ada satu je. Haaaa~ Nak beli ke tak. Nak beli ke tak. Nak beli ke tak. Berbelah bagi hati ni. Tapi rasanya da alang-alang cash money pun tengah lebat dalam purse kan. Eceh. ;p Makanya, Cik Anis membulatkan tekad juga untuk membeli comforter tersebut.

Comforter yang Cik Anis beli biasa-biasa je. Bukan warna putih atau krim sebab Cik Anis memikirkan comforter tu kan nak dipakai terus pada hari-hari biasa kan. Kalau putih ni leceh la nak jaga. Jadi Cik Anis pilih warna soft purple je. ^^






:: brand tak popular pun ::
ke Cik Anis je yang tak tahu brand ni??
^_^




:: close up design comforter pilihan ::


Comforter ni da di buka dulu sebelum di bayar. Yela last piece kan kena check betul-betul. Kain sangat lembut. Sedap gila. Sampai rasa nak pakai terus malam hari beli tu jugak. Gila tak sabar. Haha. Dalam gambar tak nampak sangat sebenarnya ada sulam-sulam halus pada comforter tu. Dekat sarung bantal pun ada sulam-sulam halus jugak. Cantik la pada mata Cik Anis. EBS pun tak tengok lagi. Hehe.

Balik rumah terus tunjuk pada puan emak, emak kata awal lagi da beli buat apa. Hehe. Takpelah mak, beli awal-awal nanti takde la terasa duit keluar selepuk banyak-banyak bila da dekat tarikh nanti. Prepare sikit-sikit. ^_^

Diskaun 80% takkan tak teruja kan. Kebetulan waktu nak beli tu pulak tengah happy hour. Dapat free 2 biji bantal besar. Jimat da tak payah beli bantal lain. Tak cukup dengan tu, dapat pulak voucher parkson. Rm10 je la. Tapi tak ke jimaaaaaaatttttt tuuuuu.. Haha.





:: free bantal 2 biji, simpan sampai hari majlis nanti::




:: voucher RM10 ni nanti buat beli benda lain pulak ::




Owh comforter pilihan tak mahal pun. Nak beli mahal-mahal belum mampu. Set ni selepas 80% diskaun adalah kurang dari RM200. Biar murah tapi ada kualiti. Tak gitu? ^_^


1 comment:

en.kayrul dn cik nadua said...

xpe beli awal.nnt xkelam kabut.lagipun hati dah suka kan,grab je cpt2. siap ada discount dan voucher lagi :)