March 17, 2011

adik perempuan

As-salam

Kita cerita-cerita santai je ek hari ini.

Cik Anis suka baca blog ex-b2b, kak aty. Tak ingat pula macam mana boleh jumpa blog kak aty ni. Yang pasti Cik Anis mula layan blog beliau sejak beliau sibuk buat preparation wedding beliau. Dan sekarang wedding adik kak aty pulak. Sangat kreatif woo kak aty ni. Saya suka. Hehe.

Tengok kak aty sibuk buat preparation untuk adik beliau, Cik Anis teringat pada adik Cik Anis. Cik Anis pun ada satu je adik perempuan. Tu la teman baik, tu la teman bergaduh, tu la teman rebut barang. Segalanya dengan adik perempuan yang tu je la. Hehe.




:: half of me and half of her ::



Cik Anis dengan adik, Aida, memang sangat rapat. Yela da tu je adik perempuan yang ada kan. Kalau kepala tengah tingtong kami buat la perangai gila-gila kami. Hehe. Kami selalu beli baju yang sama corak walaupun ada yang tak sama saiz. Sebab adik Cik Anis ni menggalah. Tinggi bebenor dari Cik Anis. Pastu kami pakai baju yang sama pada hari yang sama. Baru la feeling kembar kan. Haha. Beli kasut yang sama corak pun selalu. Haha. Owh, dulu kami juga peminat kasut wedges yang tegar ye. Tapi sekarang tak la. Sebab Cik Anis dan EBS beza tinggi beberapa cm je jadi tak boleh la melaram pakai wedges. Hehe.





:: baju raya kami beberapa tahun lepas ::




:: ni pun gambar beberapa tahun lepas ::



Macam sekarang ni Aida sedang belajar dekat matrik jadinya Cik Anis dekat rumah memang la takde teman. Sunyi u. Huhu. Bila Aida balik cuti weekend ke memang la kami tak melekat kat rumah. Ada je plan kami nak ke mana-mana. Macam dalam tahun ni, setiap kali Aida balik weekend atau semester break, memang Cik Anis angkut dia teman buat preparation majlis Cik Anis. Hehe. 

Kami pergi survey butik pengantin sama-sama.
Kami pergi survey kedai cenderamata sama-sama.
Kami survey barang hantaran sama-sama.
Semuanya la Cik Anis buat dengan dia.
EBS kita letak tepi je. Haha.

Dengan Aida la banyak idea dan rahsia yang Cik Anis suka lepaskan kat dia. Yela kadang-kadang nak simpan sorang-sorang tak seronok kan. Jadinya bila Aida ada kat rumah memang Cik Anis suka buat laporan perkembangan persiapan Cik Anis pada dia. Dengan EBS pun ada juga la kami bincang-bincang pasal persiapan wedding kami tapi feel-nya tak sama kot kalau cakap depan-depan. Hehe. Cik Anis dengan EBS selalu bincang melalui sms je. Bila jumpa depan-depan Cik Anis blur tak tahu nak bincang apa. Haha.

Seronok bila buka topik wedding dengan adik Cik Anis yang sorang ni. Sebab selalunya dia akan dengar apa yang Cik Anis cerita dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Lepas tu baru dia akan komen "kenapa tak buat macam ni ke.." "kalau macam tu lagi ok kot.." etc..etc..

Dalam pada masa yang sama, bila Cik Anis da cerita idea Cik Anis pada dia, kalau dia keluar dengan kawan-kawan dia dan jumpa benda yang boleh membantu Cik Anis merealisasikan idea Cik Anis, dan2 dia akan sms/calling Cik Anis untuk beritahu apa yang dia jumpa. Terharu ok. Hehe.

Tak sabar tunggu hujung bulan 4 nanti bila Aida da tamatkan pengajian dekat matrik. Waktu tu boleh la angkut dia jadi PA Cik Anis lagi. Hehe. Adik, akak rindu kamu la walaupun kamu baru je balik weekend lepas. Huhu.



:: waktu konvo Cik Anis ::


XOXO



No comments: