February 02, 2011

takut tak kalau jadi macam ni?

b2b, pernah tak bayangkan situasi ni di hari bersejarah kita:

1. hujan lebat
2. bekalan air takde
3. saudara mara yang janji nak gotong-royong untuk masak boleh buat tak tahu je
4. masakan tak cukup masak
5. baju sanding tak muat


ngeri tak?


ini bukan la cerita rekaan tapi benar-benar terjadi..nak dijadikan cerita, hari sabtu sewaktu saya di rumah EBS, kak ngah EBS ajak saya dan EBS ke kenduri kahwin kawan nya..sebelum kami bergerak ke Batu Pahat kami singgah ke rumah pengantin dulu..oh ya, ini la kenduri yang EBS katakan pada saya tu..dalam kawasan kampung EBS juga..

semua yang saya listkan dekat atas adalah apa yang berlaku dalam majlis tu..serius ok..hari sabtu tu da la hujan turun je..kalau berhenti pun tak sampai sejam turun lagi..lepas tu kawasan kampung tahu je la kan..kawasan rumah pengantin tu tak berturap dengan tar makanya memang tanah lembik la jadinya..air bertakung sana sini..saya jalan pun kena angkat kain tinggi..sampai EBS pun siap pesan jaga kain elok-elok takut kotor..auww prihatin nya.. ;p

walaupun hujan lebat tapi bekalan air paip takde..yang ni saya dengar dari seorang mak cik penanggah tu yang cakap..sadis sangat..tak tahu la macam mana mereka nak basuh pinggan mangkuk tu semua..

point yang ketiga tu, kak ngah yang cerita..katanya family ni tak panggil jiran-jiran untuk tolong rewang sebab saudara mara mereka da janji nak tolong..sekali malam sebelum majlis sanding tu, semua saudara mara pengantin ni buat tak tahu dan menghilang macam tu je..sebab adik beradik tiri so dorang tak ambil serius sangat kot hal pengantin ni..something macam tu la..

menurut kak ngah lagi, pagi nak majlis tu kiranya pagi sabtu yang saya baru sampai tu baru la acara masak makanan untuk tetamu dimulakan..memang tak tahu la macam mana keadaannya kan..tapi yang pasti, ayam kampung yang saya ambil tu tak boleh makan!! liat tahap tak tahu nak makan macam mana..huhu..sampai makcik yang makan depan saya sambil makan sambil mengata dekat kawan dia..kalau pengantin dengar mesti sedih.. =.='

point last tu tak nak komen la..mungkin memang pengantin tu yang pilih baju design tu kan..so no komen..^_^

serius kalau saya dekat tempat pengantin tu saya rasa macam mimpi ngeri..semua orang nak majlis yang almost perfect kan..tapi bila jadi macam tu siapa mampu tolak takdir..ye tak? tapi saya harap hari bersejarah saya nanti jangan la ada perkara buruk berlaku..minta dijauhkan..ameen~


p/s: hati kembang semangkuk bila pengantin tanya pada kak ngah EBS saya ni siapa dan kak ngah jawab bakal adik ipar.. ^_^
p/s/s: waktu lalu bawah walkaway kat majlis tu, EBS berangan jalan berarak ngan saya..haha..malu saya.. ;p
p/s/s/s: 1st time attend wedding dengan EBS..lain woo feeling dia..dengan layanan EBS waktu tu..*luruh jantung* ;p

3 comments:

LittleSunshine said...

mintak dijauhkan la semau2 tu.tp kalau ditakdirkan nk buat mcm ane..
liza pun agak seriau gak la takut la ..huwaaaaa..

fainie_riz said...

oooo very nightmare...tp kan, bab2 mharapkan pertolongan sedara-mara ni, mmg susah sikit..ye la, diorg pun nk bercantik2 jgk masa tu..tolong sikit2 jek blh la kot..katering jek la jwbnye..

cik anis said...

liza:
takut kn..harap2 majlis kita nanti dijauhkan la dr kejadian2 mcm tu..huu

fainie:
betul tu..paling selamat upah je la tukang masak x pn order catering je la..tu pn jgn kena 'kencing' ngan dorang da la..