February 21, 2011

ilmu baru

as-salam..

alhamdulillah walaupun diduga weekend ni..saya masih mampu bertahan..entah..serius cakap..saya macam redha je apa nak jadi lepas ni..hanya doa pada Allah je yang saya panjatkan setiap masa..saya yakin kuasa doa..insyaAllah Allah ada untuk melindungi saya, keluarga saya dan bakal suami saya..insyaAllah..

tak perlu la nak jumpa bomoh ke pawang ke..nak minta pendinding la apa la..mengarut semua tu..cukup la saya ada Allah untuk saya..

ok, tukar topik..malas nak layan sangat masalah weekend lepas..insyaAllah keadaan akan kembali normal semula kan..kali ni saya ada nak share ilmu baru yang saya peroleh melalui pembacaan saya..bukan dari buku tapi dari blogwalking je..hehe..

antara info yang saya dapat..(maaf pada owner blog saya tak ingat entah dari blog mana info ni semua saya baca..sebab blogwalking jauh sangat sampai tak ingat blog sendiri..huhu)

1. kebanyakan pasangan melakukan pembaziran semata-mata untuk doorgift

kalau difikirkan, betul juga kan..kadang-kadang doorgift tu entah apa-apa je tapi harga bukan main lagi..kalau pada saya pula, tak salah nak bagi doorgift berbentuk benda tapi biar la benda tu ada manfaat nya..betul tak? ni bagi bukan-bukan..tetamu yang dapat pun tak tahu nak buat apa dengan doorgift tu..huhu..doorgift saya? rahsia..belum masa lagi nak reveal..hehe

2. buat persiapan awal

menurut blog yang saya baca ni..seeloknya buat la persiapan bila da timbul keinginan nak berumahtangga..tak kira la waktu tu masih belum bertunang atau apa..persiapan mungkin dari segi kewangan, persiapan ilmu rumahtangga ke..kan macam-macam persiapan yang boleh dimulakan dulu..nanti bila da sampai seru takde la rasa kelam kabut sangat nak setelkan banyak benda..ada logik juga point ni..kiranya tak salah pun saya buat persiapan dari sekarang walaupun saya belum dapat kerja dan tarikh nikah kami belum confirm..kan? kan? ;p

3. jimat dalam persiapan

point ni penting juga..untuk majlis yang hanya ambil masa 1 atau 2 hari sahaja tak payah la berhabis sampai tak ingat dunia..sedangkan dalam Islam pun tak digalakkan pun buat majlis besar-besaran..takut timbul perasaan riak dan nak menunjuk..cukup la dengan majlis yang sederhana tapi cukup semuanya..

4. mementingkan perkahwinan tapi bukan rumahtangga

faham tak ayat saya untuk point no.4 ni? maksudnya kebanyakan pasangan lebih mementingkan kesempurnaan majlis perkahwinan mereka..yela buat persiapan sungguh-sungguh kan..semua benda nak perfect gitu..tapi ramai yang TERlupa hidup berumahtangga tu yang lebih penting..hidup selepas majlis perkahwinan tu yang perlu kita utamakan..apa guna majlis perfect tapi lepas tu hidup kucar-kacir kan..hilang la nikmat sebenar pernikahan..

5. berhutang untuk majlis

yang ni sangat tidak bagus untuk diamalkan tau..seeloknya jangan la sampai berhutang semata-mata sebab nak buat majlis yang grand..buat la ikut kemampuan masing-masing..macam mak saya, awal-awal da pesan jangan sekali-kali berhutang sebab nak kahwin..kalau tak de duit postpone je majlis nya..err..ni mak saya cakap waktu saya masih belajar lagi la..bukan sekarang..hihi..alhamdulillah EBS pun da sediakan duit belanja untuk majlis kami nanti..tinggal tunggu saya dapat kerja je lepas tu insyaAllah hasrat kami nak bernikah tahun ni terlaksana..


rasanya cukup la lima point dulu untuk kali ni..nanti kalau saya blogwalking ke mana-mana dan jumpa info menarik saya akan kongsi lagi dengan b2b lain eh..buat owner yang rasa point saya ni adalah point dari entry anda, saya minta maaf ye tak bagi kredit sebab tak ingat da semua url blog mana yang saya baca tentang info-info ni..


2 comments:

elle's laaa~ said...

gudd info dear :)
majlis kite nnti pon x segrand majlis org lain tau... heee :)

cik anis said...

hee..majlis kite pn biasa2 je..nk grand2 x mampu.. ^_^