February 03, 2011

bila cakap depan-depan

salam..

cerita hari sabtu tak habis lagi..hehe..ni part last da..lepas ni takde lagi..^_^

selama ni kan, saya dan EBS bincang tentang majlis kami hanya melalui sms atau chatting je tau..macam soal warna tema, idea tu idea ni..memang semua guna sms dan chatting je..call memang tak la..

waktu dalam perjalanan pulang dari rumah EBS petang sabtu tu adalah pertama kali kami bincang tentang majlis kami secara berdepan..tapi lebih pada bincang majlis untuk belah keluarga EBS la..tu pun effect dari kami pergi majlis kahwin kawan kak ngah EBS..

EBS cakap harap-harap majlis kami nanti tak huru hara macam majlis tu..bagi dia biar la buat majlis seringkasnya asalkan semua cukup daripada buat gempak-gempak tapi semua kelam kabut..betul tu..saya setuju je sebab saya pun tak kisah majlis ringkas asalkan semua cukup..

lepas daripada tu, EBS pun cerita la nanti nak buat macam mana untuk majlis pihak lelaki..apa yang EBS cerita tu biarlah kami simpan dulu..takmo cerita kat sini lagi..tunggu da jadi baru boleh cerita..^_^
saya? setuju je..sebab saya pun memang tak kisah sangat majlis kami nanti besar ke kecil ke..asalkan kami dapat menikah tu da cukup..yang penting, jangan membazir.. =)

*********************************************

masuk cerita part lain..adehh banyak betul saya nak cerita..kalau boleh kisah satu hari sabtu tu saya nak coret..gila eksaited punya pasal..haha

waktu otw balik dari Batu Pahat tu, dalam kereta, kak ngah cerita la pasal plan majlis kak ngah nanti..da cerita-cerita, sekali kak ngah offer saya jadi pengapit..haha..perlu ke saya eksaited pasal ni? ;p

lepas daripada tu, kak ngah siap cakap kat EBS, "jom la kita kahwin sebelum raya ni"..huuu..saya pun harap sangat plan kami nak menikah bulan 7 ni akan termakbul..kalau kami dapat menikah bulan 7 ni memang EBS dan kak ngah kahwin dalam tahun yang sama la..cuma beza 2 bulan je..kak ngah insyaAllah awal bulan 5 ni..doakan kami ye..

2 comments:

anaztasias nora aira said...

Insya Allah bersederhana itu indah kan. lelaki bila ckp pasal kawen kadang2 dia yang lebih hehe :)

cik anis said...

yup..biar sederhana tp cukup semua..

hee..kadang2 dia pun excited sgt bila bercerita bab nak buat persiapan ni.. ;p