January 17, 2011

purple violet dan carnation

salam..

saya dan EBS da decide warna tema untuk majlis kami nanti..pada awalnya EBS serahkan bulat-bulat pada saya..yela orang lelaki ni kadang-kadang tak kisah sangat pasal warna tema ni kan..bagi EBS asalkan dapat menikah da la..dia sangat simple..bagus juga kan..takde la kami bergaduh nak pilih warna apa untuk majlis nanti..hehe..

jadinya saya buat pilihan warna tema secara sendirian berhad tapi lepas tu saya minta pendapat dia juga la..da tentu majlis kami kan..kena la saling berkongsi pendapat gitu..warna pilihan saya adalah purple violet..purple yang tak gelap sangat dan tak cerah sangat..pertengahan je..bila saya btau pada EBS fuhh alhamdulillah EBS sangat suka warna tema tersebut..so kami pilih purple violet dan putih sebagai warna tema majlis kami nanti..ramai juga b2b lain pilih warna purple sebagai tema kan?

awal sangat tak kami decide warna tema ni? rasa macam awal sangat pula kan..tapi ada sebab lain sebenarnya..saya nak renovate bilik saya dalam waktu terdekat ni..renovate terus untuk jadikan bilik pengantin..jadinya wardrobe lama yang da berpuluh tahun guna tu mengikut rancangan nak ditukar dengan wardrobe baru..so saya kena la pilih warna pintu untuk wardrobe baru saya ni..saya nak tukar warna pintu wardrobe baru nanti biar sesuai dengan tema majlis perkahwinan saya..jadinya kena la saya pilih warna tema majlis awal-awal..macam tu la kisahnya..jadinya warna pilihan untuk wardrobe bilik saya nanti adalah purple violet..harap-harap ada la warna tu dekat kedai nak tempah wardrobe nanti..

carnation?
yup itu adalah bunga untuk majlis perkahwinan kami nanti..selalu ros yang menjadi pilihan kan..tapi saya nak kelainan la..jadi saya pilih carnation..banyak projek DIY nanti akan mengaplikasikan bunga carnation sebagai bahan asas..aaaa camne ayat saya ni..harap faham la ye..nanti saya update projek DIY saya dan apa yang saya buat dengan bunga carnation ni eh..

::bunga carnation purple violet::




yang kat bawah ni pulak antara idea yang saya nak untuk majlis kami nanti:




 

:: violet wedding dress ::
design mungkin macam yang kiri tapi warna macam yang kanan





:: pelamin putih - violet ::
tapi backdrop belakang tu mungkin bukan warna violet la..nanti tenggelam pula baju pengantin..saya pilih soft pink untuk backdrop





:: purple violet - white wedding cake ::
saya suka design yang kanan tapi kalau letak bunga carnation pada kek macam design kiri nampak menarik juga kan






:: purple violet - white hand bouquet ::
kalau semua purple violet tenggelam dek wedding dress pulak nanti






:: purple violet - white wedding invitation card ::
untuk kad pula sekarang masih mencari paper yang sesuai untuk kad kami nanti






:: bunga telur / bunga pahar violet - putih ::
untuk bunga ni pun akan menggunakan bunga carnation juga..rasanya saya akan DIY bunga telur kami nanti..sedang mencari idea lagi





setakat ini dahulu coretan saya pada kali ini ok..nanti sebarang perkembangan akan saya update lagi..happy reading!!! ^_^

1 comment:

K.I.N.A said...

yup..carnation mmg 1 kelainan..die pun nmpk lembut..love warna violet..;)