January 07, 2011

pemilihan tarikh 011011

salam..

tak tahu nak mulakan dari mana bila da buat blog ni..hehe..sebagai permulaan saya kongsi rahsia pemilihan tarikh nikah kami dulu la ye..sebenarnya tarikh ni baru je decide antara saya dan EBS (encik bakal suami) 5 januari lepas..tarikh ni baru decide antara saya dan dia saja la..kedua ibu bapa kami tak tahu pun lagi..tapi mereka da tahu la yang kami nak menikah dalam tahun ni..sebenarnya ada beberapa halangan sikit la untuk nak confirmkan betul-betul tarikh ni..sekarang ni apa yang boleh saya katakan tarikh 011011 tu adalah tarikh target kami untuk menamatkan zaman bujang kami..insyaAllah..

halangan terbesar buat masa ini adalah diri saya sendiri la..saya masih menganggur!!! haha..so agak susah nak dapat green light untuk menikah dalam waktu terdekat ni..sekarang ni da dapat green light tapi yang malap-malap je la..erk ada ke green light camtu? ;p mak ayah saya da izinkan cuma mereka suruh saya dapatkan kerja dulu baru boleh langsungkan majlis..untuk pihak EBS pula memang takde masalah da sebab beliau da ada kerjaya pun..tinggal tunggu pengesahan jawatan insyaAllah dalam awal tahun ni juga..saya memang agak tertekan juga la sekarang ni sebab da beberapa bulan habis study pun panggilan kerja tak dapat lagi kan..tapi harap-harap awal tahun ni ada la rezeki saya kat mana-mana..insyaAllah..ameen..

kalau ikutkan perancangan yang lebih awal, kami nak langsungkan majlis pertengahan tahun ni dalam awal bulan mei sebab nak sekalikan dengan majlis kakak EBS..tapi setelah berbincang dengan mak saya, mak saya kata cepat sangat tarikh tu..kelam kabut nak buat persiapan nanti..lagipun mak ayah saya pun da ada ura-ura nak renovate rumah untuk majlis saya yang akan bermula beberapa minggu dari sekarang..takut pulak tak sempat siap sebelum bulan mei nantikan..jadinya kami tak boleh la nak teruskan rancangan nak sekalikan majlis tersebut..

waktu kami berbincang pasal tarikh hari tu, EBS cadangkan nak buat bulan 11 nanti..antara 111111 atau 20112011..tapi tak boleh juga la..sebabnya insyaAllah tahun ni mak ayah saya nak menunaikan ibadah haji..bulan zulhijjah pula jatuh dalam bulan november so bulan november awal-awal memang da terkeluar list la kan..bulan ogos pun tak boleh juga sebab jatuh pada bulan puasa..kalau nk buat sebelum bulan puasa pun tinggal bulan jun atau julai macam dekat sangat da dengan majlis kakak EBS nanti..kesian pula pada family EBS tak hilang penat buat satu majlis da nak buat satu majlis lagi kan..makanya bulan yang tinggal adalah antara bulan september, oktober dan disember..

memandangkan september bulan syawal, macam tak best pulak mengganggu bulan nak beraya ni kan..so tak boleh! hihi..disember pula lambat sangat..huhu..kalau boleh saya nak menikah sebelum mak ayah berlepas ke tanah suci la..ada teman kat rumah..hihi..so kami tengok tarikh dalam bulan oktober..dan 011011 menjadi pilihan kami..insyaAllah harapnya pada tarikh tersebut termakbul la impian kami nak bersatu..saya harap sangat saya dapat panggilan kerja awal tahun ni..boleh la saya dapat the real green light dari mak ayah..boleh juga simpan duit..hihi..

nanti da bincang tarikh ni dengan mak ayah saya akan update lagi pasal tarikh ni ye..harap sangat tarikh ni LULUS!!! ameen..

lepas ni saya kongsi cerita antara saya dan EBS ok..sebagai pengenalan ringkas untuk pembaca blog baru ni.. ^_^

2 comments:

Nurf@H said...

like to read your blog...
congrate for bride to be...:)

http://decintabridal.com/

cik anis said...

thanks.. ^_^