January 27, 2011

kami tak pernah terima tempahan macam ni lagi

salam..

weekend lepas saya dan adik jalan-jalan buang masa dekat shopping mall dekat bandar kluang ni..saja nak habiskan masa dengan adik perempuan saya sebelum dia kembali ke matrik..lepas tu kami tergerak hati nak survey satu butik pengantin yang ada dalam shopping mall tersebut..well untuk pengetahuan, majoriti butik pengantin kat kluang ni beroperasi dekat kedai biasa..kedai tepi jalan tu la..bukan dalam shopping mall..cuma ni je la satu-satunya butik pengantin yang menjalankan operasi dalam shopping mall..

kami survey la harga tempahan baju pengantin dan bla bla bla..soalan standard bila b2b pergi buat survey..then sampai bab pelamin..hehe..sebenarnya kalau ikut kepala saya ni, saya nak DIY pelamin saya dan EBS nanti..idea da ada jadinya tinggal nak jadikan realiti je la..

majoriti bahan untuk pelamin tu nanti adalah DIY..tapi saya memerlukan panel belakang, stage untuk pelamin dan bongkah kayu standard yang selalu ada dekat pelamin tu..then saya pun dengan konfiden tanya pada SA butik pengantin tu kalau nak sewa bahan-bahan tersebut kena berapa RM..tahu apa jawapan SA tu? 




tu hah tajuk entry ni la jawapan dia..haha..




adeh..rupanya tak pernah dibuat orang eh sewa bahan asas pelamin macam yang saya nak kan tu..hihi..balik dari survey tu saya cerita la pada mak saya..mak saya pun mulakan syarahannya..benda nak pakai satu hari watpe susah-susah nak buat..sewa je la..kihkih..saya pun tak tahu la..saya terlalu suka nak DIY sampaikan pelamin sendiri pun saya nak DIY..^_^

tapi rasanya masa hari besar kami nanti saya nak DIY juga la pelamin saya..baru la ada sentimental value gitu kan..kalau semua sewa macam tak terasa sangat penat lelah nak menjayakan majlis sendiri..tapi semuanya bergantung pada keadaan juga..kalau tenaga ni tak terdaya nak men-DIY pelamin tersebut mungkin memang kena sewa 100% je la.. ;p


tak sabar tunggu adik saya balik cuti lagi..nak survey butik pengantin lain pula..seronok rupanya masuk butik pengantin..terasa aura orang nak kahwin.. ^_^

No comments: