January 19, 2011

dah booking wardrobe

salam..

sabtu lepas saya dah pun setelkan hal ehwal tempahan wardrobe baru untuk bilik saya a.k.a wardrobe untuk bilik pengantin nanti..pada mulanya agak frust juga la waktu sampai dekat kedai tu sebab warna pilihan yang saya nak iaitu purple violet takde dalam list yang tuan kedai keluarkan..terus rasa blank tak tahu nak pilih warna apa supaya matching dengan warna dinding dan tema majlis kami nanti..

tapi mungkin rezeki bakal pengantin kot..hihi..tuan kedai wardrobe tersebut sanggup tempah kan warna pintu wardrobe kami dari supplier mereka..so dapat la warna wardrobe idaman iaitu purple violet..so warna tema kami nanti confirm purple violet dan putih..alhamdulillah..

waktu tempah warna pintu wardrobe tu sempat lagi saya tukar design wardrobe saya tu..biasa la perempuan kan..selagi tuan kedai tak potong bahan lagi untuk wardrobe tu selagi tu ada je idea lain nak dibuat dekat design wardrobe tu..hehe..tapi lepas ni tak boleh tukar da..sebab nanti ayah saya bising asyik nak tukar design je..hee..

waktu tukar design tu pun penat argue dengan ayah saya..yela dua-dua ada idea masing-masing kan..tapi saya ni degil..nak ikut design sendiri juga..makanya ayah saya kena la mengalah dengan anak perempuan dia ni..haha..



:: front view ::

:: design yang saya buat guna 3ds studio max..nasib la tahu guna basic je kan..tapi nampak juga la bentuk wardrobe tu..hee ::








:: side view ::

design ni cuma bahagian dalam wardrobe tu je..nanti bahagian luarnya akan ada sliding door..saya nak tunjuk dengan detail pun agak susah sebab benda takde lagi kan..nanti da siap saya akan update design wardrobe saya ni eh..





:: wardobe tu bahagian luar lebih kurang macam ni tapi warna kayu tu tukar dengan warna purple violet dan cermin besar tu terletak di sebelah kiri sekali..hah lebih kurang camtu la bahagian luar wardrobe kami nanti ::



insyaAllah lepas CNY ni akan berlaku renovation besar-besaran dekat rumah saya..lebih-lebih lagi bilik saya la..habis semua syiling di buka nanti..dekat 3 minggu juga la tak dapat tidur bilik sendiri..sabar je la nanti..ok la sampai sini dulu ye..till then..daa~



No comments: